KUALA LUMPUR, 22 FEBRUARI 2012: Mungkin bulan Mac menjadi bulan
mengangkat majoriti wanita bersaiz normal di mana dapat dilihat majalah
fesyen ternama dunia, Vogue juga telah mengambil Adele bagi menghiasi
muka hadapan mereka.
Secara kebetulan, majalah tempatan InTrend digetus perasaan yang sama mahu merai dan menghargai wanita cantik bertubuh plus sizeseperti Adele yang kini menjadi sebutan dalam industri hiburan juga fesyen tanahair, tidak lain tidak bukan Najwa Mahiaddin.
Menurut penata fesyen yang bertindak sebagai penyelaras kepada
penggambaran tersebut iaitu Iqbaq V Azwan Mukhtaram, Najwa sangat mudah
untuk digayakan kerana dia juga mempunyai citarasa tinggi dan gemar
bergaya.
Antara yang menjadi intipati dalam halaman Profil adalah kisah dan luahan hati Najwa sendiri yang berasal daripada latarbelakang keluarga berprofil tinggi di mana ayahnya merupakan Timbalan Perdana Menteri.
Mahu berdiri dengan namanya sendiri, menurut Najwa lagi dia tidak mahu berkongsi atau mendapatkan populariti daripada nama ayahnya dan kerana itu jugalah di awal kemunculannya dia mengubah ejaan nama ayahnya itu supaya mengharapkan umum tidak dapat mengetahuinya.
Menyarungkan helaian daripada Eclipse menghiasi muka hadapan yang
terdiri daripada jemeki matte rona kundang dia juga tampil sungguh
elegen dalam sarungan daripada Karen Millen dan Ted Baker.
Dilengkapkan dengan aksesori mewah Aseana Accessories, Najwa mendapat
sentuhan daripada Khir Khalid dan dandanan rambut daripada David Shaw.
Itu adalah sedikit kisah tentang Najwa dan pelbagai lagi cerita menarik
dikongsi penyanyi lagu Got To Go itu dan anda harus mendapatkan InTrend
edisi Mac 2012 untuk mengenali lebih dekat personaliti yang mempunyai
suara yang unik ini.
SUMBER:Laksamana Bukit Bintang
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.