Followers

Tuesday, November 29, 2011

BARISAN WAKIL RAKYAT PEMBANGKANG !

Penerangan Pkrmelaka

Ahli2 Parlimen Pakatan Rakyat keluar dari Parlimen untuk menyambut para peguam Majlis Peguam dan aktivis pelbagai NGO yang tiba dari Perhimpunan di Taman Tasik Perdana menentang RUU Perhimpunan Aman, 29.11.11.

Peguam berarak ke parlimen bantah Akta Perhimpunan Aman

Saya petik:

[KD] KUALA LUMPUR 29 Nov: Peguam dari seluruh negara berarak ke parlimen bagi membantah penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2011 yang dibahaskan hari ini.


Perarakan yang dinamakan Walk For Freedom itu bermula dengan perhimpunan di Kelab Taman Perdana Di raja dan turut disertai orang awam.


Lebih 1000 peguam dan orang ramai menyertai perarakan berkenaan bermula jam 12.30 tengahari.


Presidennya, Lim Chee Wee, sebelum perarakan berkata, peguam seluruh negara tidak boleh berdiam diri dan menyaksikan kebebasan rakyat disekat tanpa sebarang tindakan.


Ketua Jawatankuasa Perlembagaaan, Majlis Peguam, Syahrezan Johan pula berkata perarakan itu tidak bermotif politik, tetapi membantah tindakan tergesa-gesa kerajaan cuba meluluskan undang-undang yang bertentangan dengan perlembagaan.


Turut kelihatan hadir dalam perhimpunan itu Naib Presiden KEADILAN, N Surendran dan Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin, Pengarah Jawatankuasa Disiplin KEADILAN, Dr Tan Kee Kwong, Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar dan timbalannya, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin.


Mereka yang berarak dilihat bersemangat melaungkan ‘bebas! Bebas! Bebas himpun! dan Bebas Rakyat bagi membantah Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman yang akan diundi di dewan rakyat hari ini


Kira-kira 200 anggota polis berserta trak FRU berkumpul di jalan masuk ke parlimen, namun tidak mengganggu peserta berkenaan.


Bagaimanapun, hanya 10 wakil Majlis Peguam yang dibenarkan memasuki parlimen diketuai Presidennya, Lim Chee Wee.


Mereka disambut oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat selepas melepasi pintu pagar parlimen.


Memorandum dari Majlis Peguam bagi membantah Rang Undang-Undang berkenaan disampaikan kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk V.K Liew.


Sementara itu, terdapat satu kumpulan dipercayai anggota Persatuan Veteran Tentera Malaysia, Majlis Ayahanda Malaysia dan Gerakan Memartabatkan Perjuangan Negara turut mengadakan perhimpunan.


Mereka melaungkan bantahan terhadap majlis peguam, termasuk membuat provokasi dengan membakar T Shirt, memaksa pihak polis bertindak.


Read more:
http://kafesantai.blogspot.com/2011/11/peguam-berarak-ke-parlimen-bantah-akta.html#ixzz1f5Yy2NRv

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.