Followers

Friday, October 28, 2011

Terbaru!!Amanat Dari Dato Panglima Kepada Seluruh Rakyat Malaysia... karangan ~PakKaramu~

DAH RAMAI MENANG KES DIMAHKAMAH KERANA FITNAH UTUSAN

YANG TAK BACA UTUSAN MALAYSIA DIKATAKAN BUKAN DARAH MELAYU, YANG BACA PULA ADALAH DARAH KATAK PEKASAM


Dengan Ini aku menyarankan kepada seluruh rakyat malaysia supaya sentiasa membeli dan memberi sokongan kepada surat khabar Utusan Malaysia...Ini kerana Akhbar utusan malaysia adalah akhbar yang terbaik dan tiada berusurkan fitnah didalamnya.
Akhbar utusan malaysia adalah akhbar yang paling bersih dan murni dikalangan akhbar-alhbar yang lain. Ini kerana akhbar-akhbar lain adalah fitnah semata-mata....Kah.kah.kah.Ini kata bukan Sk yang kata.Ini ayat adalah ayat Dato panglima Ibrahim Geli yang merupakan Pejuang bangsa melayu.....Tak caya cuba hangpa tengok model@tukang promot akhbar Utusan meloya iaitu Ibrahi Geli...


KUALA LUMPUR 26 Okt. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyeru orang ramai khususnya orang Melayu supaya memberi sokongan kepada Utusan Malaysia dengan membeli akhbar tersebut.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, orang Melayu seharusnya berbangga dengan peranan Utusan Malaysia dalam memperjuangkan dan menjadi suara kepada kaum itu.

Katanya, akhbar berkenaan telah melalui pelbagai tempoh sukar apabila sering kali dibidas kerana mempertahankan hak orang Melayu tetapi tidak pernah berputus asa dan teguh dengan pendirian mereka. "Perkasa tidak akan berjaya seperti hari ini kalau bukan kerana Utusan.

Sejak daripada zaman Tan Sri Zam (Zainuddin Maidin) lagi sehinggalah sekarang, Utusan masih teguh dengan pendirian mereka mempertahankan hak Melayu dan tidak pernah berhenti melakukannya walaupun dibidas pihak tertentu.

"Justeru, saya tegaskan di sini bahawa sebagai orang Melayu, kita harus mempertahankan akhbar yang telah banyak berjasa kepada kita ini. Ingin saya tegaskan juga di sini bahawa orang Melayu yang tidak membaca Utusan Malaysia bukanlah golongan yang mempunyai darah Melayu tulen," katanya ketika berucap pada Persidangan Perkasa Kedua di sini hari ini.

Pada akhir ucapannya itu, beliau turut melaungkan hidup Utusan Malaysia sebanyak tiga kali sambil disambut oleh 7,000 ahli serta perwakilan yang hadir pada persidangan tersebut. 

Dengan ini Sk menyarankan kepada semua supaya patuhilah amanat pemimpin bangsa melayu ini dengan kita sama-sama membeli surat kabar utusan malaysia.Ini kerana Surat khabar utusan malaysia boleh digunakan untuk semua kerja seperti mencalit@membuang taik-taik kucing bagi sesiapa yang membela kucing.hahahha

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.