SMM menyifatkan bahawa tindakan Perdana Menteri membatalkan lawatan itu adalah atas dasar takut untuk berdepan dengan mahasiswa.
SMM masih berpendirian untuk meneruskan perjuangan mempertahankan kebebasan akademik. Perjuangan SMM adalah mempertahankan kebebasan akademik dan bukan hanya mempertahankan Prof Dr Aziz Bari.
Justeru demonstrasi dan penyerahan memorandum pada malam ini tetap akan berlangsung. Kami menjangkakan, Hishamuddin Hussien akan menerima memorandum kami pada malam ini selaku wakil Perdana Menteri.
*Kenyataan media oleh Syukri Razab (gambar kanan) selaku Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.