Followers

Wednesday, October 26, 2011

Shahrizat Jalil Rompak Wang Rakyat ?



Kita mungkin masih tertanya-tanya siapakah yang dimaksudkan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim pada ucapan balas Belanjawan 2012 pada 10 Oktober lalu.

Dalam ucapannya, Anwar menempelak seorang menteri yang masih berada dalam Kabinet Najib Altantuya gagal mengusahakan syarikat ternakan yang dianugerahkan kepadanya semasa Muhyiddin pada ketika itu masih Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di zaman Pak Lah menjadi perdana menteri.


Dan kini semuanya telah terjawab.


Rupanya, menteri kesayangan Najib Altantuya yang dapat anugerah sehingga RM250 juta sudah suap masuk mulut sendiri!


Sudahlah kalah di tangan Nurul Izzah dalam pilihanraya umum lalu, nampaknya Shahrziat Jalil tak pernah insaf dengan takdirnya tiga tahun lalu.


Malah nampaknya lebih rakus dan lebih bernafsu membolot harta kekayaan negara hingga tergamak mengkhianati amanah rakyat yang diberikan lebih lima tahun lalu.


Laporan Ketua Audit Negara juga mendedahkan penyelewengan Shahrizat yang kini bergelar senator menjawat jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut menunjukkan pelaburan yang digunakan untuk menguruskan ternakan juga hilang entah ke mana.


Seolah-olah duit rakyat dibuat macam duit mak bapak dia punya.


Apakah tiada tindakan yang dilakukan Pejabat Peguam Negara ke atas penyelewengan yang dilakukan Shahrizat?


Mengapa sampai sekarang Najib Altantuya tidak berani menjawab pendedahan yang dilakukan Ketua Audit Negara?


Bukti cukup jelas dan kukuh untuk mengheret Shahrizat ke muka pengadilan setelah sekian lama diberi peluang untuk membetulkan keadaan.


Inilah sebabnya laporan audit tidak berani dikeluarkan semasa pembentangan Bajet 2012 pada 7 Oktober lalu selain daripada puluhan agensi kerajaan menyeleweng harta rakyat lebih 54 tahun lalu.


Jika Najib Altantuya tidak berani mengambil tindakan, Pakatan Rakyat akan pastikan bukan setakat Shahrizat yang akan didakwa bahkan Najib Altantuya sendiri akan turut diheret atas penyelewengan komisen kapal selam Scorpene sehingga RM570 juta melalui proksinya Abdul Razak Baginda!


JALAN PULANG


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil perlu menjawab kegagalan syarikat keluarganya mencapai kuota pembekalan daging lembu ke pasaran tempatan mekipun setelah menelan lebih RM275 juta wang rakyat.


Syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) itu diberi geran RM25 juta dan suntikan dana RM250 juta lagi bagi memenuhi 40% dari permintaan domestik, bersamaan 97,414 tan setahun, kata Ketua PKR Zuraida Kamaruddin.


Namun selepas lima tahun berlalu, syarikat yang dimiliki oleh suami dan anak-anak ketua Wanita Umno itu hanya membekalkan 161 tan sahaja setahun.


Zuraida berkata siasatan yang dijalankan oleh Adun Sikamat Aminuddin Harun dan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendapati wang rakyat telah dilaburkan secara sia-sia ke atas syarikat itu.


"Sehingga kini, komponen-komponen operasi yang lain yang diamanahkan kepada syarikat milik suami dan anak-anak Dato' Seri Shahrizat Jalil masih belum dilaksanakan walaupun mendapat peruntukan besar," tegas Zuraida dalam satu kenyataan bersama hari ini.


Selain dari aktiviti mengimpot lembu, syarikat tersebut juga dilantik kerajaan untuk :


* Membangunkan penternak kecil melalui konsep "penternakan satelit" untuk menggandakan pengeluaran lembu

* Membangunkan makanan lembu berkualiti
* Membangunkan baja dari operasi penternakan lembu

Isu kini timbul dikala Ketua Audit Negara melaporkan pembaziran melampau berlaku di sembilan kementerian dan agensi kerajaan.


Jawatankuasa Kira-Kira Awam dijangka memulakan siasatan ke atas National Feedlot Corporation Sdn Bhd.


"Ada petani dan penternak kecil yang mempunyai operasi yang lebih besar dan berkesan walaupun tidak mendapat apa-apa bantuan kerajaan,"tambah Zuraida.


Beliau berkata projek itu dianugerahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Shahrizat semasa beliau memegang portfolia Menteri Pertanian dan Agro Industri.


Turut dianugerahkan adalah tanah ladang seluas 5,000 ekar di Gemas, Negeri Sembilan.


"Projek ini dilancarkan oleh kerajaan bertujuan untuk mengurangkan import makanan yang memainkan peranan utama kepada kenaikan harga barang makanan," jelas Zuraida.


"Walau bagaimana pun, sebahagian besar dari peruntukan kepada projek-projek pertanian dan makanan untuk mengurangkan pergantungan import tidak sampai dan diselewengkan sehingga mengakibatkan import makanan mencecah RM30 bilion setahun sehingga akhir 2010," jelasnya lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.