Followers

Monday, October 31, 2011

Prof. Dr. Aziz Bari Buat Laporan Polis Mengenai Peluru & Nota Ugutan ?

 
Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari hadir di ibu pejabat Polis Daerah Gombak dekat sini bagi memberi keterangan susulan berhubung sebutir peluru dan nota ugutan yang diterimanya pagi semalam.

Beliau berkata dalam kejadian pada pukul 11.45 pagi semalam peluru dengan nota ugutan yang tertulis “jangan kurang ajar dengan Sultan maut nanti” itu, dihantar melalui pos ketika beliau mahu pulang ke rumah mertuanya di Taiping, Perak.
Aziz kini disiasat pengurusan UIA, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung kenyataannya menyentuh titah Sultan Selangor berkenaan kes Gereja Methodist Damansara Utama, awal bulan ini.

“Saya telah membuat laporan semalam di Balai Polis Taiping dan hari ini saya datang untuk memberi keterangan lanjut . . . pihak polis telah mengambil peluru tersebut untuk siasatan,” katanya.

Dipetik Bernama Online, Aziz berkata ugutan yang diterima tidak akan mematahkan semangatnya untuk meneruskan tugas seperti biasa dan beliau yakin mungkin ada segelintir pihak yang kurang berpuas hati dengan komen beliau terhadap titah Sultan Selangor baru-baru ini.

Tindakan Aziz mempertikai titah Sultan Selangor dibantah beberapa pihak, termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan keengganan pensyarah itu meminta maaf sebagai “kurang ajar”.

Polis mengesahkan peluru yang diterima Aziz adalah jenis caliber 9mm dan motif pihak tertentu menghantarnya masih dalam siasatan.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan daripada Aziz pada pukul 7 petang semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah. -TMI


Ulasan GB

GB sudah ulas semalam. Petikan:

Gejala hantar surat ugutan & peluru, simbah cat merah, pecah rumah & pejabat, lempar molotov koktil dan larikan komputer riba serta seumpamanya sudah menjadi trend - tapi malangnya satu trend yang bebal.

Dilakukan oleh pihak yang merasakan dirinya mempunyai kuasa paling hebat atas dunia. Mereka ingat rakyat bodoh sangat ker tak tahu angkara siapa semua itu. Sama macam kes longgokan baju BERSIH yang diletak dengan molotov koktil di ibu kota beberapa hari sebelum perhimpunan Bersih 2.0 7 Sepetember lalu untuk memburukkan perhimpunan berkenaan.

Walhal ia menampakkan lagi kebodphan bahawa pihak itu desperado, terdesak sebab kerajaan yang disokong dan didokong sebenarnya sedang berada di ambang keruntuhan. Mereka sanggup kini melakukan apa saja, hatta suruh berbogel tengah jalan pun mereka sanggup, membunuh pun mereka berani.

Tetapi tahan macam mana pun, reputnya BN sudah menggigit tiang serinya... tunggu masa tersembam ke atas mukabumi. Masa tu Allah akan dedahkan siapa punya kerja semuanya ini: hantar peluru, simbah cat merah, simbah asid, pecah rumah YB, baling bom molotov koktil, larikan komputer riba dan sebagainya.

Seperti GB kerap nyatakan, kebenaran itu tetap akan terdedah jua... langit tak selalunya mendung, berarak awan hitam ke tepi, tampaklah cahaya terang benderang sang mentari.


Laporan sebelum ini
Klik untuk baca





 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.