Followers

Sunday, October 23, 2011

Mufti 1 Malaysia "Hilang"...??

Hudud Oh Hudud..Di Mana kau hudud,mengapa mufti menjadi jumud...Dengan perkembangan pesat masalah jenayah dan gejala sosial di kalangan muda-mudi yang bertambah kritikal,sehinggakan statistik PDRM menunjukkan bahawa jenayah bunuh,rompak dan buang anak mendadak begitu menakutkan.

Undang-undang manusia sudah tidak lagi mampu untuk mengurangkan masalah ini malah menghapuskan jenayah ini jauh sama sekali,kini hanya satu penyelesaian yang mampu untuk mengembalikan manusia kepada keadilan dalam kehidupan dibumi Allah ini,tidak lain hanyalah Hukum HUDUD yang mampu mencegah segalah jenayah dan memberikan keamanan dengan rahmat Allah di negara ini.

Sudah pasti mereka yang mengaku Islam yakin dan mahu hukum ini dijalankan,kerana ia datang dari Allah yang mencipta manusia.Namun malang apabila Kelantan mahu menjalankan hukum ini,hanya Mufti Perak sahaja yang mampu mengeluarkan kenyataan agar pusat memberikan kebenaran kepada kelantan untuk menjalankan hukum Allah ini.

Ke mana menghilangnya mufti-mufti di negeri lain yang terlalu sibuk mengeluarkan kenyataan apabila himpunan bersih pada Julai 2011 hendak diadakan,semuanya dengan lantang bersuara mengatakan haram..Fuhhh..hebat..

Tapi,apabila bab Hudud yang mereka lebih tahu akan kewajipan melaksanakannya daripada rakyat yang jahil ini,mereka jadi diam macam cicak berak kapur lalu menyorokkan kepala masing-masing seperti sang kura-kura.

Sepatutnya mereka perlu berkumpul dan melakukan satu resolusi dikalangan mufti mendesak kerajaan UMNO/BN agar membenarkan kelantan menjalankan hukum ini,bukannya hilang dan duduk dalam keadaan selesa di rumah masing-masing yang seperti istana adanya.

Kalau Mufti Haprak beginilah yang dimiliki oleh umnat islam di negara ini,maka sungguh malang dan sedih,kerana kejahilan umat di negara ini ditambahkan lagi dengan mufti-mufti yang menjadikan diri mereka hina sebagai penjilat pemerintah utk mendapatkan habuan dunia.

Kalaulah artis kini berlumba-lumba kembali kepada islam dan dengan berani menyuarakan keadilan dan kehebatan Islam sehingga ada yang ditahan,tiba-tiba Pak mufti ketakutan,kira dayus la broo..maka tunggulah bala Allah ke atas bumi Malaysia ini...



Wassalam..Lu Sendiri Kena ingat bro...


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.