Followers

Thursday, October 27, 2011

Industri Hotel Di Melaka Bakal Gulung Tikar ?? - Posted by Addin at

 
Kerajaan pimpinan Ali Rustam semakin dihimpit masalah kewangan sehinggakan mengenakan caj warisan bagi hotel dalam Melaka. Adakah industri perhotelan Melaka akan gulung tikar ekoran daripada caj yang dikenakan oleh kerajaan negeri yang sedikit sebanyak mengurangkan pelancong menginap di hotel. Berikut adalah ketidakpuasan pihak hotel terhadap kerajaan negeri mengenai caj warisan yang dikenakan terhadap hotel-hotel dalam Melaka.

Tiga persatuan hotel enggan membayar caj warisan sebanyak lima peratus bagi semua jenis hotel yang ditetapkan kerajaan negeri berkuat kuasa September lalu. Tiga persatuan itu ialah Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MBHA) dan Persatuan Pemilik Hotel Malaysia (MAHO). Pengerusi MBHA, Hendon Puteh berkata, keputusan mengarahkan pemilik hotel membayar caj warisan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dua bulan sekali itu tidak munasabah.

Menurutnya, caj itu dianggap membebankan pelancong yang berkunjung ke negeri itu terutama pada cuti hujung minggu dan cuti umum. ''Keputusan yang dibuat kerajaan negeri amat mengejutkan kerana pelanggan terpaksa membayar dua caj iaitu enam peratus cukai kerajaan dan tambahan lima peratus caj warisan," katanya dalam sidang akhbar di Hotel Casa De Rio di sini semalam.

Lebih membebankan kata Hendon, caj itu dikenakan mengikut jumlah hari pelanggan menginap. ''Keadaan ini boleh menyebabkan pelanggan mengurangkan tempoh menginap dan mungkin juga ada di antara mereka yang akan membatalkan hasrat menginap di hotel kerana bayaran yang membebankan," katanya.

Pengarah Eksekutif MAHO, Shaharuddin M.Said menyifatkan keputusan mengenakan caj tambahan itu boleh menjejaskan industri pelancongan di negeri ini. ''Walaupun mendapat keuntungan lebih sedikit melalui caj itu tetapi untuk jangka masa panjang semua pemilik hotel akan mengalami kerugian besar apabila pelancong enggan datang ke sini'' katanya.

Sehubungan itu katanya, tiga persatuan itu ingin mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri bagi mencari jalan penyelesaian terbaik. Katanya, setakat ini sebanyak 137 ahli persatuan hotel bajet sebulat suara enggan melaksanakan caj warisan sebanyak lima peratus itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.