Followers

Saturday, September 24, 2011

[Berita Sedih] Najib dan UMCO Secara RASMINYA TOLAK Hudud, TETAPI Pemimpin Kristian Alu-alukan Hudud

Persoalan yang dibangkitkan oleh TG Nik Aziz sebelum ini telah dijawab oleh Najib. Jika sebelum ini TG menegaskan bahawa kegagalannya melaksanakan hudud sewaktu ketika dahulu kerana "ugutan" Tun M selaku PM. Kata beliau:  "Akhirat kelak kalau ALLAH tanya kenapa tidak laksana hudud saya kata tanya Tun Dr Mahathir." Beliau membangkitkan persoalan yang sama untuk mendapatkan respons PM Najib.

Saya tulis, "Najib kena beringat jika dia enggan membenarkan Kelantan melaksanakan hudud, maka dia juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak." Maka jelaslah Najib dan penyokong UMCO akan sama-sama menjawab di depan Allah nanti apabila dia menegaskan tidak akan melaksanakan hudud di Malaysia.
Penolakan Najib bukanlah sesuatu yang pelik kerana hipokrisi UMCO dalam memperjuangkan Islam dan Melayu memang sudah jelas sejak dahulu lagi. Cuma, kita rasa simpati terhadap orang Islam yang menaruh harapan bahawa parti Melayu ini akan berubah dan impian mereka itu bolehlah kita katakan sampai kucing bertanduk pun" tidak akan berlaku.
Najib seperti yang dilaporkan oleh Mstar menegaskan tidak akan melaksanakan hudud atas alasan yang sama dibangkitkan oleh bukan Islam yang jahil tentang perundangan tersebut. Alasan ketidakseimbangan masyarakat dibangkitkan untuk menolaknya mentah-mentah. Jangan terkejut jika esok atau lusa beberapa ulama UMCO akan mengeluarkan kenyataan berbelit-belit untuk menyokong bos mereka ini. 
Ada yang sanggup mengeluarkan ayat al-Quran dan hadis untuk menyokongnya, walaupun mereka tahu kewajiban orang Islam menegakkan hukum ALLAH.

Kenyataan Najib itu boleh anda baca di bawah ini:
Hudud Tidak Akan Dilaksanakan Di Malaysia – Najib

[Mstar] KAMPAR: Kerajaan Persekutuan tidak akan melaksanakan undang-undang hudud di Malaysia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.


Beliau berkata walaupun hukum tersebut adalah undang-undang Tuhan namun pelaksanaannya perlu berasaskan kepada realiti.


Menurutnya, keseimbangan masyarakat yang terdapat di negara ini tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuat kuasakan.


"Jika kita bertanya kepada golongan ulama, undang-undang Islam tidak boleh dilaksanakan sekiranya kita tidak mengambilkira keadaan persekitaran dan realiti.


"Tambahan pula, matlamat pengurusan menurut Islam adalah berdasarkan prinsip maqasid syariah yang melindungi agama, kehidupan, moral, harta dan hubungan sesama manusia,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Tanjung Tualang 1Malaysia di sini, Sabtu.


Perdana Menteri berkata, mengikut peruntukan undang-undang sedia ada, prinsip dan objektif syariah maqasid boleh diperjuangkan.


Ditanya sama ada undang-undang hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia, Mohd Najib berkata elemen hudud sudah dipraktikkan dalam sistem sedia ada namun ‘bahagian yang keterlaluan ditolak ke tepi’.


"Ini tidak bermakna tiada langsung undang-undang Islam dilaksanakan di Malaysia,” katanya.

Sebelum ini, MCA dan GERAKAN mengugut UMCO bahawa kedua-dua parti itu akan bertindak keluar daripada BN jika UMCO menyokong pelaksanaannya. Pada poin ini, adakah "iman" UMCO sebegitu rendah sehingga takut pada ugutan dua buah parti yang majoriti ahlinya orang Cina dan bukan Islam? Bahkan MCA ialah parti yang tegar menolak hudud. Sesetengah pemimpin DAP juga melenting termasuklah Karpal Singh yang masih jahil tentang hudud.

Kita berasa pelik, mengapa orang bukan Islam melenting/takut/gentar sedangkan hudud bukan untuk mereka. Paling penting, tiada sesiapa yang akan dihukum jika TIDAK BUAT salah.
Di balik penentangan oleh golongan Islam jahil dan sekular, orang bukan Islam yang jahil dan kuat menyibuk urusan agama orang lain, kita terkejut dengan saranan dan pengakuan pemimpin Kristian yang mengalu-alukan pelaksanaan hudud di Kelantan.



P/s: Kawan saya kata: bagaimana UMCO mahu melaksanakan hudud kerana pemimpin mereka bergelumang dengan pelbagai macam dosa? Silap-sila banyak yang bakal direjam sampai mati jika cukup syarat pelaksanaan hukum.

Anda mahu mengundi UMCO dan BN? Silakan, kongsi syer di akhirat nanti!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.