Followers

Saturday, August 6, 2011

UMNO Pecat Tengku Razaleigh? - Posted by Addin


Jikalau di fikirkan perkara yang paling praktikal yang Umno boleh lakukan ialah memecat Tengku Razaleigh dari Umno. Saya ulangi lagi sekali memecat Tengku Razaleigh dari Umno. Jikalau dilihat, Umno ibarat menatang minyak yang penuh terhadap ahli parlimen Zahrain Hashim dan mengabaikan pemimpin veteran dan berpengaruh seperti Tengku Razaleigh. Jadi, jika Tengku Razaleigh membentuk sebuah organisasi seperti Amanah, mengapa Umno dan Zahrain perlu rasa terganggu?



Apakah ianya perasaan iri hati sahaja sedangkan veteran Umno itu yang hampir dilupakan oleh Najib serta tidak menikmati penghormatan yang sepatutnya dalam Umno? Tengku Razaleigh sebenarnya boleh menjadi satu-satunya orang yang boleh menyelamatkan Malaysia daripada perniagaan rakus dan oligarki politik.


Walaupun Pakatan Rakyat sudah tentu mengalu-alukan Tengku Razaleigh untuk bersama dengan mereka, mereka juga mungkin sedar akan pendirian veteran Umno ini. Tengku Razaleigh tidak mungkin meninggalkan Umno. Oleh itu, Umno mesti memecat beliau. Zahrain Hashim pasti bersetuju dengan pendapat ini, tindakan ini akan mengembirakan pemimpin atasan Umno . Berdasarkan kedudukan Zahrain yang tidak selamat pada  pilihan raya umum akan datang, lebih baik beliau bekerja keras dalam beberapa isu untuk mendapat populariti dalam Umno.


Itu mungkin insentif di sebalik serangan getir dan dakwaan Zahrain Hashim terhadap Pakatan Rakyat dan Tengku Razaleigh. Dalam serangan itu, beliau telah mencabar  Tuan Guru Nik Aziz supaya bersumpah bahawa tidak bertemu dengan Tengku Razaleigh bagi tujuan mengajaknya menyertai Pakatan Rakyat. Namun Tuan Guru Nik Aziz memberi kata-kata sinis, bahawa Zahrain adalah sampah dan tidak perlu layan seranganya.


Satu-satunya cara untuk berhujah dengan Zahrain dengan memberitahu beliau perjumpaan benar-benar berlaku. Adakah ianya menjadi masalah? Tuan Guru Nik Aziz atau sesiapa yang lain adalah bebas berjumpa dengan sesiapa yang mereka pilih walaupun Pope sendiri. Bolehkah kita membuat kesimpulan bahawa Najib  telah memohon rahmat Paus apabila dia bertemu dengan ketua gereja Katolik tersebut baru-baru ini?


Kenapa Zahrain perlu iri hati dengan Pakatan Rakyat sekiranya rundingan dengan Tengku Razaleigh benar-benar berlaku? Apakah matlamat mereka untuk menjatuhkan kerajaan yang memerintah sekarang dan melakukannya melalui cara yang tidak demokratik?


Ia adalah ini sikap yang lebih berhikmah apabila  pembentukan Amanah  yang dipelopori oleh Tengku Razaliegh yang bertujuan untuk menjadi institusi 'check and balance' dalam kerajaan. Dan ianya  dikatakan sikap agresif dan paranoia pemimpin Umno. Jika kuasa dipegang oleh perasuah yang menjadikan badan kehakiman, pasukan polis seperti budak suruhan mereka sudah pasti kerajaan seperti ini wajib di singkirkan.

Prinsip-prinsip keadilan telah dibuang supaya situasi politik memihak kepada pemerintah. Dan  inilah yang berlaku dalam BN yang melewati hari-hari akhir mereka sebelum di kuburkan pada PRU 13 nanti.

ADDIN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.