Followers

Thursday, August 25, 2011

Seluruh Alam Menangisi Pemergianmu....


Assalamualaikum Wbr.


Bismillahirrahmanirrohimm.

Seluruh alam menangisi pemergianmu wahai  Ramadhan yang bakal pergi beberapa hari sahaja lagi…, Seluruh alam ketika ini sedang bersedih menangisimu… termasuklah bukit, bukau, gunung ganang, Ikan di laut dan sungai, pokok-pokok, tumbuh-tumbuhan dan segala macam binatang dan juga hidupan di atas dunia ini………..hanya,  ya hanya….hanya  kita manusia sahaja yang gembira dan ketawa kerana bakal mengakhiri Ramadhan dan menyambut SYAWAL.

Kegembiraan kita menyambut Syawal lebih daripada kegembiraan kita menyambut kedatangan Ramadhan. 

Menangisi kerana ditinggalkan Ramadhan, bulan yang sangat mulia dan penuh keberkatan…dimana Segala Doa tidak ditolak, Segala dosa diampunkan, diawalnya rahmat, dipertengahannya keampunan dan di akhirnya pembebasan dari Azab Api Neraka.  Tiada suatu bulan pun yang setara denganmu wahai Ramadhan….bulan yang terdapat di dalamnya satu malam yang sama dengan seribu bulan amalan.  Kurniaan Allah dan Rahmat Allah pada kita Umat Nabi Muhammad SAW bagi menyaingi kehebatan amalan  Umat Nabi Musa dan umat-umat terdahulu yang umur mereka ribuan tahun dipenuhi amalan

Bulan yang di mana seluruh penghuni Kubur dari zaman Nabi Allah Adam hingga sekarang direhatkan dari siksaan Azab Kubur….dan disambung seksaan semula pabila berkumandangnya Takbir Pertama Aidil Fitri di malam Hari Raya Aidil Fitri.   Pada masa itu berdoalah kedua Ayahanda dan Bonda yang telah pergi meninggalkan kita…….

” Wahai anak-anakku……Di manakah hadiah………di manakah doa buat ayah…..buat ibumu ini?
Di manakah…..hadiah bacaan Al-Quran untuk kami..?
Di manakah….hadiah zikirullah untuk kami…wahai anak-anakku?
Di manakah….hadiah sedekah jariah untuk kami….wahai anak-anakku?

Di manakah …..TAHLIL untuk kami wahai  anak-anakku…apakah engkau sudah melupakan kami…..wahai penyambung zuriatku.  (Tidakkah menitis airmata kita wahai sahabat, jangan lupakan ayah dan bonda yang telah melahir dan membesarkan kita dengan susah payah..jasa dan pengorbanan mereka tidak dapat kita balas….berdoalah agar mereka diampunkan Allah dan Allah membalas jasa dan pengorbanan mereka terhadap kita dan adik beradik kita dengan syurga.)

Begitulah rintihan pilu Arwah Ayahanda dan Bonda……tatkala Malaikat Munkar dan Nakir menjenguk mereka bagi meneruskan nyalaan Api dikuburan….Tetapi kita di atas dunia ini….gembira dan bersuka ria dengan pemergian Ramadhan dan cukup gembira dengan kehadiran Syawal.  Boleh gembira….bukan tidak boleh gembira….tetapi gembira sekadar yang digariskan oleh Nabi SAW, kerana umat di atas bergembira..umat dibawah(dikuburan) berdukacita.

Wahai sahabat sekalian….Ramadhan cuma tinggal beberapa hari lagi…….belum lewat lagi, ayuh marilah kita berhabis-habisan lawanlah nafsu malasmu.  Menangislah kita di malam hari di hadapan Allah. Mohonlah keampunan dan kebebasan dari Api Neraka. Berdoalah untuk keampunan dan kebaikan dan kerahmatan kedua ibu bapa kita samaada yang hidup mahupun yang telah pun pergi meninggalkan kalian….huhuhu….

Imam Ali Ar-Ridha (sa) berkata: “Orang yang benar-benar celaka adalah orang yang keluar dari bulan ini, tetapi dosa-dosanya tidak diampuni. Ketika itulah ia menjadi orang yang rugi saat orang-orang yang baik memperoleh keuntungan dari Tuhan Yang Maha Mulia.” (Fadhail Al-Asyhur Ats-Tsalatsah: 74)



Allah cukup kasih dan saying kepada kita wahai sahabat…..punya sayang Allah pada kita hambanya.  Setiap malam Allah memanggil hambanya.  Di manakah kita pada waktu itu….di manakah kita tuan…???

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: 
Rasulullah saw. bersabda: Allah Taala berfirman: 
Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari. (Shahih Muslim No.4832)

Apakah kita akan bertemu lagi Ramadhan yang akan datang ???

Panglima7

Peringatan ini untuk diriku sebenarnya… dan juga buat anak-anakku membacanya bila mereka sudah mengerti dan bila aku dan ibunya sudah tiada lagi….dan juga untuk sahabat-sahabat sekalian. Jika ianya baik dan bermanfaat ambillah ia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.