Kalau anda baca tajuk utama Utusan Malaysia hari ini,mungkin merupakan berita baik buat Perdana Menteri. Tapi tahukah anda, berita ini sebenarnya merupakan 'psikologi halus' Utusan bagi menjatuhkan Najib.
Sejak kes cincin US$24 juta timbul, akhbar-akhbar utama 'menutup' cerita ini supaya tidak diketahui umum. Tapi bila berita ini keluar, secara tidak langsung Utusan telah mengeluarkan cerita tentang cincin US$24 juta ini. Ramai kalangan penyokong UMNO dikampung-kampung yang dikawal maklumat, secara terbuka mendapat berita ini.
Mungkin ianya sekadar penafian tetapi kalau tidak ada angin, masakan pokok boleh bergoyang. Jadi, minat rakyat luar bandar makin meluap-luap untuk mengetahui cerita sebenar tentang cincin tersebut. Maka, keuntungan pasti berpihak pada Pakatan Rakyat. Walaupun niat Utusan menerbitkan cerita ini bagi memberi merit politik kepada Muhyiddin Yasin yang telah diketahui ramai akan kedinginan hubungannya dengan Najib makin membuak. Tapi anda tentu pasti siapa yang untung sebenarnya dari berita ini...
Kompas mohon maaf kepada Najib
JAKARTA 21 Ogos - Akhbar Kompas hari ini memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan penyiaran laporan mengenai keluarga Perdana Menteri dalam akhbar berkenaan pada 4 Ogos lalu.
Ketua Pengarang akhbar popular Indonesia itu, Rikard Bagun berkata, Kompas memohon maaf di atas penyiaran berita berhubung perkara yang tidak pernah berlaku dalam keluarga Perdana Menteri.
Penyiaran berita itu antara lain menyatakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai pemilik syarikat Perimekar Sdn. Bhd.
Selain itu, akhbar tersebut menyiarkan berita yang menuduh Rosmah membelanjakan AS$24 juta dolar (RM72 juta) untuk membeli sebentuk cincin berlian sedangkan barang kemas berkenaan tidak pernah dipesan atau dibeli mahupun untuk bahan pameran peribadi oleh Rosmah.
Akhbar tersebut turut menuduh bakal besan Perdana Menteri mempunyai kaitan dengan mafia Rusia sedangkan ia langsung tidak berasas.
“Atas pemberitaan tersebut, Pemimpin Redaksi (Ketua Pengarang) Kompas, Rikard Bagun, Sabtu (20/8) di Jakarta, secara khusus menyatakan permintaan maafnya “Kepada Kepala Negara (Perdana Menteri) dan keluarga,” kata Rikard yang disiarkan oleh akhbar berkenaan hari ini.
Permohonan maaf itu dimuatkan dalam wawancara dengan wartawan kanan akhbar tersebut, Jimmy S Harianto dengan Perdana Menteri di Putrajaya Khamis lalu.
Ketika ditemui oleh Jimmy, Perdana Menteri melahirkan rasa terkejut dengan tindakan Kompas yang sanggup menyiarkan berita tersebut.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.