Aktiviti tersebut dilakukan secara terang-terangan tanpa ada perasaan bersalah oleh pihak terbabit. Malah, ramai orang Melayu yang beragama Islam menjadikan premis terbabit sebagai "port" untuk mereka membeli makanan pada siang hari di bulan Ramadan. Tinjaun kami ke lokasi terbabit mendapati orang ramai mula berpusu-pusu membeli makanan pada waktu tengahari.
Aktiviti terbabit lebih mudah kerana kedua-dua premis berkenaan menyediakan perkhidmatan "Drive-Thru" yang membolehkan mereka yang berpuasa memesan dan membeli makanan tanpa perlu turun dari kenderaan masing-masing. Ini memberi keselesaan kepada mereka yang tidak berpuasa untuk berbuat demikian, terutamanya bagi yang menaiki kenderaan "cermin gelap".
Malah ia juga berjaya mengaburi mata orang lain yang lalu lalang di kawasan itu. Biar pun niat premis terbabit hanyalah menjual makanan kepada orang bukan Islam, namun majoriti kenderaan yang dilihat berbaris panjang terdiri dari kalangan orang Melayu yang sudah pasti beragama Islam.
Jika ia melibatkan pelanggan wanita, mungkin ada pertimbangannya. Namun, ramai juga yang pelanggan lelaki kelihatan beratur membeli makanan di situ. Tindakan ini amatlah tidak wajar kerana larangan menjual makanan kepada orang Islam di bulan Ramadan telah pun ditetapkan oleh pihak berkuasa agama itu sebenarnya.
Perkhidmatan "Drive Thru" yang disediakan oleh restoran McDonald dan KFC
di Teluk Chempedak ini berjaya menggalakkan umat Islam tidak berpuasa
[Maknanya, dengan sistem "Drive-Thru" itu, ia jelas sekali membolehkan mereka yang tidak berpuasa membeli makanan pada siang hari dengan lebih berani. Malah, mereka yakin bahawa pihak jabatan agama sudah pasti tidak perasan dengan kegiatan terbabit.
Apa yang lebih menyedihkan, petugas yang menjaga kaunter berkenaan adalah terdiri dari gadis Melayu yang beragama Islam. Soalnya, kenapa tiada pemantauan kegiatan ini sedangkan ia sudah berlalu hampir sebulan lamannya. Pihak JAIP diminta menjalankan operasi di kawasan terbabit demi menghormati kesucian bulan Ramadan yang mulia ini. Semoga ia dapat menyedarkan orang Islam agar tidak sewenang-wenangnya melanggar perintah agama selepas ini].
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.