MalaysianInsider melaporkan:
PUTRAJAYA, 12 Ogos — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan dakwaan bahawa badan pengurusan pilihan raya itu sengaja membenarkan pemastautin tetap menjadi pengundi yang sah.
Sebaliknya Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar) berkata, ia hanya kesilapan teknikal yang berlaku semasa proses pendataan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Kalau sebelum ni Timbalan Pengerusi SPR yang banyak menjawab bagi pihak SPR tapi nampaknya tak berapa nak jalan, akhirnya Pengerusi SPR sendiri yang kena jawab.
Bagaimanapun jelas beliau, pihaknya difahamkan Pakatan Rakyat telah menyemak semakan daftar pemilih melalui laman web JPN dan bukan Sistem Pengkongsian Maklumat Antara Agensi (Alis) yang datanya lebih lengkap dan tepat.
Justeru jelas, Abdul Aziz, pihaknya telah melakukan semakan dengan Alis dan mendapati pemastautin tetap yang didakwa Pakatan Rakyat adalah warganegara yang sah serta layak untuk mengundi.
“Dalam daftar pemilih kita ada lebih kurang 12.3 juta pengundi dan sudah tentu akan berlaku kesilapan sana dan sini, seluruh dunia pun ada masalah yang sama ... tiada dunia yang daftar pemilihnya sempurna. - TMI.
Tapinya, sama jugak macam jawapan timbalan dia, jawapan Pengerusi SPR ni pun aku yakin ramai orang yang tak boleh terima mudah-mudah. Dia lebih kepada nak pertahankan SPR walaupun dah jelas terbukti yang SPR jelas GAGAL untuk sediakan daftar pemilih yang telus dan MENDAPAT KEPERCAYAAN AWAM.
Daripada jawapan Pengerusi SPR tu dia mengakui yang SPR tak mampu nak sediakan Daftar pemilih yang betul-betul bersih dan telus.
Konon ada silap di sana sini, masalahnya kita tak tau sebenarnya berapa banyak yang dia kata silap di sana sini dan tak mustahil jugak kesilapan tu memang disengajakan untuk pengundi hantu belaan Umno BN guna masa hari mengundi.
Aku tak faham pasai apa SPR tak mau setuju gunakan kaedah pendaftaran automatik. Lama dah orang bagi cadangan tu tapi SPR ketegaq, takmau terima cadangan tu, padahal dengan kaedah yang diguna sekarang SPR depa semak jugak dengan database JPN melalui ALIS.
Kalau guna kaedah pendaftaran automatik ni isu pengundi hantu memang selesai pasai tentunya SPR akan gunakan database JPN. Takkan dalam database ada warganegara hantu.
Kalau pun mungkin ada warganegara hantu, dah tentu SPR boleh berlepas tangan dan yang kena belasah tentulah JPN. Memang patut pun macam tu pasainya isu warganegara ni adalah antara isu keselamatan yang paling utama untuk sesebuah negara. Dan memang sepatutnya JPN kena 'zero defect' dalam bab database warganegara ni.
Kalau SPR gunakan database JPN, SPR cuma perlu sediakan nama warganegara mengikut sempadan pilihanraya saja, yang lain-lain kecacatan atau kelemahan SPR boleh berlepas tangan dan tentunya SPR akan lebih MENDAPAT KEPERCAYAAN AWAM.
Aku yakin sebenarnya Pengerusi SPR memang nak sangat kalau boleh gunakan database dari JPN tu pasainya akan banyak memudahkan kerja SPR. Tapi masalahnya kalau gunakan kaedah tu, dah takdak peluang lagi la Umno BN nak dapat kelebihan 5% hasil manipulasi daftar pemilih berbanding guna kaedah yang digunapakai sekarang ni.
Kalau hilang kelebihan 5% tu dah tentu punya nyawa Umnop BN pun tak panjang dah. Kalau pun mungkin bukan PRU13 tapi aku yakin tak lama selepas tu Putrajaya akan terlepas dari Umno BN dan tanpa kuasa Umno BN akan terkubur.
Kalau macam tu payak pulak, macamana anggota SPR yang bermazhab Umno ni nak beraksi sebagai 'si anjing Umno' untuk pastikan Umno BN terus berkuasa dan depa pun tak boleh nak tumpang dah.
source: http://cenangau.blogspot.com/2011/08/orang-dah-lama-bagitau-tapi-spr-ni.html#ixzz1Uqu1ZjW4
SPR penipu...
ReplyDelete