Followers

Sunday, August 7, 2011

Malaysia Beli 2 Buah Kapal Selam RM6.7 Bilion, VIetnam Bakal Beli 6 Buah Kapal Selam RM6 Bilion



Kelas Kilo (Rusia)


Kelas Scorpene (Perancis)


Berita di beberapa portal antarabangsa melaporkan bahawa Vietnam dalam tempoh beberapa tahun akan membeli enam buah kapal selam berserta jet pejuang. Semuanya gara-gara China meningkatkan kemampuan tentera lautnya sehingga menimbulkan kebimbangan negara serantau.
Click me to read spoilers

Itu bukan poinnya.

Yang mahu ditonjolkan ialah media Russia melaporkan pada Disember 2009 Vietnam bersetuju membeli enam kapal selam elektrik-diesel dengan harga AS$2 billion (RM6 bilion). Hal ini tidak diulas oleh Hanoi pada waktu itu.

Namun, Menteri Pertahanan Vietnam, Phung Quang Thanh semalam mendedahkan hal itu kepada media apabila menyatakan kebimbangan terhadap China.

“Dalam tempoh lima hingga enam tahun lagi, kita akan mempunyai briged kapal selam enam Kilo 636 Class,” kata Thanh seperti dipetik dalam kenyataan akhbar kerajaan, Tuoi Tre, semalam.

Saya tidak tahu sama ada speksifikasi kapal selam kelas Kilo dan Scorpene secara terperinci sama atau jauh berbeza sehingga harga kedua-duanya amat berbeza. Namun daripada maklumat di Wiki, saiz dan kemampuan kedua-dua kapal selam ini secara kasar hampir sama. Kedua-duanya menggunakan enjin elektrik-diesel, tetapi kapal selam kelas Kilo lebih panjang sedikit daripada Scorpene.-DCM

Sekadar serkap jarang.
kedahlanie

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.