Apai Awang said...
- Parti Politik dari sarawak seharusnya tidak bersekongkol dengan UMNO untuk mendapatkan kuasa. UMNO hanya memperalatkan undi dan kekayaan rakyat negeri Sarawak. Dari selepas Merdeka lagi kita boleh dapati sangat kurang usaha parti BN yang diterajui oleh UMNO berusaha untuk memajukan Sarawak.
- Oleh itu barang siapa yang merasakan diri mereka ditindas oleh UMNO janganlah bersekongkol dengan UMNO. Parti politik dari sarawak harus menjauhkan diri dan jangan terlalu mengikut telunjuk UMNO jika ingin memenangi hati dan undi rakyat Sarawak. Orang Melayu UMNO dan Islam UMNO adalah terlalu ego dan merasa bahawa hanya mereka sahaja yang berhak terhadap agama,ekonomi, politik dan pelbagai kesitemewaan lagi. Bila terlalu lama dalam keadaan selesa mereka takut untuk berhadapan dengan kebangkitan rakyat. Rakyat inginkan perubahan dan bukannya Propaganda 1Malaysia yang tidak membawa apa apa erti.
- Bagi negeri Sarawak,Sial buat jalan raya, bekalan air dan eletrik itu yang dituntut oleh rayat luar bandar. Jalan tiada, eletrik tiada, air bersih tiada, Kemana hasil minyak, balak dan pelbagai kekayaan negeri sarawak.
- BN Sarawak harus menuntut hasil kekayaan negeri sarawak untuk memajukan negeri Sarawak. Hasil kekayaan Sarawak harus diberi kepada Sarawak untuk memajukan negeri sarawak agar iyanya sama maju dengan negeri di Tanah melayu. Selepas negeri sarawak maju setaraf dengan negeri lain barulah hasil dari negeri sarawak boleh dibahagikan denga negeri lain yang memerlukannya.
- Orang Iban, Melanau, Bidayuh, Melayu, Orang Ulu, Cina dan pelbagai suku kaum di Sarawak telah diperbodohkan oleh UMNO. Bebaskan Sarawak dari Cengkaman UMNO.Kerabu Bersuara
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.