Berikutan angka kemalangan yang tinggi di tiga laluan 'Jalan Sakaratulmaut' iaitu Machang-Grik, Gua Musang-Kuala Krai dan Pasir Puteh-Bukit Yong, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meningkatkan pemantauan di lokasi berkenaan pada musim perayaan Aidilfitri ini.
Pengarah JPJ Kelantan, Abdul Ghani Che Kasim, berkata operasi di laluan berkenaan dijangka bermula 14 Ogos ini bagi memantau pergerakan trafik sebagai persediaan kemasukan kenderaan dari luar Kelantan ke negeri ini.
Katanya, tiga lokasi berkenaan menjadi laluan utama perantau untuk kembali merayakan Aidilfitri di negeri ini sepanjang musim perayaan. "Pada tahun ini, kita menjangkakan ramai bercuti panjang pada Hari Raya ini, maka kita akan meletakkan anggota ke lokasi berkenaan untuk memastikan pengguna mematuhi peraturan ditetapkan terutama had laju dan aspek keselamatan.
"Oleh itu, kita nak orang ramai melihat JPJ berada di laluan berkenaan dalam usaha kita mengurangkan kemalangan jalan raya. Operasi di laluan itu akan dimulakan sebaik saja pelancaran serentak dilakukan di seluruh negara sempena musim perayaan," katanya selepas melancarkan Kaunter Online One JPJ di Terminal Agribisnes Negara (TEMAN) di Tunjong di sini.
Kaunter berkenaan akan dibuka setiap Sabtu di TEMAN bermula jam 8.30 pagi hingga 2 petang untuk memudahkan orang ramai memperbaharui lesen memandu, cukai jalan, melakukan semakan senarai hitam dan mengemaskini alamat pemegang lesen memandu.
Selain itu, Abdul Ghani berkata, sama seperti tahun lalu, dua anggota JPJ akan melakukan penyamaran dalam bas ekspres untuk memastikan pemandu mematuhi peraturan jalan raya ketika musim perayaan.
Pengarah JPJ Kelantan, Abdul Ghani Che Kasim, berkata operasi di laluan berkenaan dijangka bermula 14 Ogos ini bagi memantau pergerakan trafik sebagai persediaan kemasukan kenderaan dari luar Kelantan ke negeri ini.
"Oleh itu, kita nak orang ramai melihat JPJ berada di laluan berkenaan dalam usaha kita mengurangkan kemalangan jalan raya. Operasi di laluan itu akan dimulakan sebaik saja pelancaran serentak dilakukan di seluruh negara sempena musim perayaan," katanya selepas melancarkan Kaunter Online One JPJ di Terminal Agribisnes Negara (TEMAN) di Tunjong di sini.
Kaunter berkenaan akan dibuka setiap Sabtu di TEMAN bermula jam 8.30 pagi hingga 2 petang untuk memudahkan orang ramai memperbaharui lesen memandu, cukai jalan, melakukan semakan senarai hitam dan mengemaskini alamat pemegang lesen memandu.
Selain itu, Abdul Ghani berkata, sama seperti tahun lalu, dua anggota JPJ akan melakukan penyamaran dalam bas ekspres untuk memastikan pemandu mematuhi peraturan jalan raya ketika musim perayaan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.