Followers

Wednesday, August 10, 2011

Bongkar : Skandal Musa Aman Dan Kroni-Kroninya Di Sabah


Berhadapan dengan monumen Malaysia, sepanjang Jalan Pantai ada sebidang tanah, milik kerajaan.

Sebelumnya tanah tersebut dijadikan tempat perhentian bas dan teksi.


Saya difahamkan tanah tersebut milik Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.


Kini di tanah tersebut tersergam megah Hotel Horizon and Spa.


Hotel bertaraf 4 star itu dimiliki Gary Saw, seorang berbangsa Tionghua dari Semenanjung Malaysia.


Gary Saw adalah bekas rakan kongsi perniagaan Datuk Musa Aman.
Hotel Horizon, Kota Kinabalu
milik proksi Musa Aman
Seorang lagi pemaju yang banyak mendapat peluang perniagaan ialah Humphrey Tan juga bekas rakan kongsi Datuk Seri Musa Aman.

Humphrey adalah pemaju Sabah Suria, sebuah hartanah milik kerajaan negeri.

Humphrey dan Musa adalah pemilik Syarikat Jasamu Development Sdn Bhd pernah membangunkan satu lagi tanah kerajaan milik kerajaan, KPD (Koperasi Pembangunan Desa) di Inanam, menjadi sebuah pasaraya yang kini dimiliki syarikat Giant.


Pada mulanya, rakyat Sabah merasa bertuah kerana Datuk Musa Aman yang menggantikan Tan Sri Chong Kah Kiat sebagai Ketua Menteri Sabah pada Mac 2003 adalah seorang yang telah kaya raya.


Seorang peniaga dan seorang banker yang berjaya.


Biasanya orang yang berstatus seperti itu, tidak rakus atau terburu-buru mengejar harta dan kekayaan untuk diri sendiri.


Sebaliknya fokus kepada pembangunan rakyat dan negeri Sabah!


Apabila Chong Kah Kiat mencadangkan Musa Aman sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sabah, hanya satu dalam otaknya, orang yang telah kaya tidak tamak dan rakus.


Dia juga berharap momentum pentadbiran yang bersih dan telus dapat diteruskan.


Pembangunan wilayah seperti di Kudat boleh dikembangkan ke daerah-daerah lain.


Begitu juga dengan usaha mengurangkan PTI.


Harapan itu dikongsi seluruh rakyat Sabah terhadap Datuk Musa Aman.


Setelah 8 tahun dan dua penggal, negeri dan hasil mahsulnya diurus seperti mengurus sebuah syarikat private and family dan friends enterprise.


Dianggarkan 99% yang mendapat faedah dari hasil balak termasuk konsesi Yayasan Sabah adalah orang bukan Melayu/bumiputera dan bukan Islam.


Pemimpin UMNO di Sabah termasuk ketua-ketua bahagian secara senyap-senyap melahirkan rasa amat kecewa.


Mungkinkah time bomb yang hanya menunggu masa untuk meletup!?


Muncullah nama-nama seperti Freddy Lim – bekas nominee kepada Datuk Jeffrey Kitingan, Andrew Lim, Micheal Chai, Nasir Yeo, John Lim dan Datuk Elbert Lim. Nama-nama ini meniti dari bibir ke bibir rakyat Sabah yang terus dihimpit kemiskinan dan kesusahan hidup!


Projek-projek negeri yang bernilai ratusan juta pasti diberikan kepada nama-nama berikut:


Datuk Robert Tan, Terrece Chung, Lawrence Chung (dua beradik pemilik kedai buku Ming Kiang books store), Gray Saw dan Humphrey Tan.


Manakala projek-projek swasta yang melibatkan hartatanah kerajaan dan GLC, dua nama utama yang dipilih sebagai pemaju ialah Raymond Chan (1Borneo, Warisan Square dan Water Front Project) dan Humphrey Tan (Sabah Suria).


Raymond Chan membangunkan tanah milik Pertubuhan Islam Sabah (USIA) menjadi megamall terbesar 1Borneo.


Ramai yang tahu USIA telah ditipu oleh pemaju kerana USIA akhirnya tidak mendapat bahagian yang sepatutnya seperti dalam perjanjian.


Tapi pengurusan USIA terlalu takut kepada Musa untuk mengambil tindakan undang-undang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.