Followers

Sunday, August 21, 2011

Bini Robengah Beri Amaran Dari Bini Rosmah



Bini Robengah (kanan) mula memalu gendang pilihanraya atas
arahan dari Bini Rosmah petang semalam

Barisan Nasional (BN) sudah bersedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 pada bila-bila sama sahaja, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Rais berkata kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa pilihan raya umum boleh diadakan pada bila-bila masa, perlu dilihat sebagai sesuatu yang serius dan bukan satu pesanan yang kosong.


Pesanan "Robengah" dari Rais Yatim

Beliau (gambar) berkata negara sedang melalui satu perubahan dari segi pentadbiran, sikap dan transformasi ekonomi di bawah kepimpinan Najib.


Inikah Bini Rosmah??
“Jadi dengan perubahan ini... kita sudah bersedia, malah kita sudah diberi amaran dan gesaan supaya jawatankuasa pilihan raya ditubuhkan dalam DUN dan kawasan Parlimen masing-masing,” katanya dipetik Bernama Online.

Ahli Parlimen Jelebu ini berkata, berkata jentera pilihan raya di kawasannya sudah digerakkan, malah pelbagai program telah direncanakan selepas Aidilfitri nanti, bagi menguji kekuatan parti dan memberi kebajikan kepada rakyat.

Semalam Najib menegaskan pilih raya umum akan datang boleh diadakan pada bila-bila masa dan tidak terikat dengan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Terpilih Parlimen mengenai penambahbaikan pilihan raya.


Perdana Menteri berkata kerajaan akan cuba melaksanakan sebarang cadangan penambahbaikan yang dibuat oleh jawatankuasa itu sebelum pilihan raya umum yang akan datang.


“Kami akan cuba, pasti ada sesuatu yang boleh dilakukan dengan kadar segera, sesuatu yang mungkin akan mengambil sedikit masa.


Jadi, apa yang kita boleh lakukan dengan segera, kita akan lakukannya dengan segera,” katanya.

Jalan Pulang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.