Followers

Thursday, August 11, 2011

5,000 keturunan Myanmar didaftar sebagai pengundi di Terengganu - Dicatat oleh Tuk Kiyai


DUNGUN - Pas Terengganu melalui Jabatan Pilihan Raya parti itu berjaya mengesan ribuan warga asing yang memiliki kad pengenalan difahamkan dikeluarkan di Kedah mendaftar sebagai pengundi di beberapa kawasan di Terengganu.

Pesuruhjayanya, Abdul Wahid Endut berkata, pihaknya berjaya mengesan 5,006 bangsa asing kebanyakannya berketurunan Myanmar didapati tersenarai sebagai pengundi di beberapa kawasan utama di negeri ini.


Beliau berkata, daripada 5006 pengundi terbabit yang berjaya dikesan pihaknya, 1,239 terdapat di kawasan DUN Kijal dan 529 di Air Putih khususnya di Cheneh Baru serta beberapa kawasan lain.


“Kita mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) siasat secara terperinci kemasukan terancang ini, jumlah pengundi asing yang begitu ramai dimasukkan dalam satu-satu DUN dipercayai bagi memenangkan UMNO dan Barisan Nasional.-SH

P/s: Satu lagi projek petualang negara?

Read more: http://kafesantai.blogspot.com/#ixzz1UgvqNdmJ

1 comment:

  1. Ya Allah sesungghnya kami ini lemah dan tidak mampu melawan mereka yg zalim ini tanpa izin Mu Ya Allah... mereka yg zalim ini disokong oleh berbagai kumpulan yg jelas melakukan penyelewengan dan penipuan yg boleh menjejaskan maruah dan keselamatan masyarakat, agama Islam dan tanah air kami Ya Allah... Kami dengan segala kelemahan dan hina bermohon bantuan dari Mu Ya Allah supaya kami, anak-cucu kami dan negara kami diselamatkan dari fitnah oleh pemimpin2 kami sendiri yg berbuat zalim demi mempertahankan kuasa dan darjat mereka. Ya Allah Kau timpakanlah balasan yg setimpal dan Kau hinalah dan binasalah pemimpin2 yg zalim dan pemimpin2 yg berkuasa tetapi tidak menjalankan tanggungjawab mereka serta mereka yg bersubahat ini agar menjadi pengajaran kepada masyarakat kami Ya Allah... Di atas segala KemuliaanMU, KebesaranMU, KegagahanMU, IhsanMU dan diatas keberkatan bulan yg mulia ini dan puasa hamba2 Mu yg teraniaya ini kabulkanlah doa kami yg terniaya ini Ya Allah... Amin Ya Rabbal Alamin.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.