KUALA LUMPUR – Kabinet yang bermesyuarat hari ini memutuskan bahawa perhimpunan Bersih 2.0 tidak boleh diadakan di mana-mana stadium sekitar Lembah Klang, termasuk Stadium Merdeka.
Menurut sumber, larangan tersebut turut melibatkan Stadium Negara dan Stadium Nasional Bukit Jalil.
Pagi ini, Pengerusi Jawatankuasa Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0), Datuk S. Ambiga mengumumkan pihaknya akan mengadakan perhimpunan secara aman di Stadium Merdeka, di sini pada hari Sabtu ini seperti yang dirancangkan.
Perhimpunan itu adakan diadakan mulai jam 2 petang dan dijangka berakhir dua jam selepas itu.
Sementara itu, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim mengesyorkan agar penganjur perhimpunan pada Sabtu ini mengadakannya di stadium-stadium di negeri yang ditadbir oleh parti pembangkang.
“Oleh kerana mereka menguasai beberapa negeri dan lantaran gerak kerja politik mereka di Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Selangor, pilihlah tempat di negeri-negeri mereka. Negeri-negeri di mana kerajaan Barisan Nasional berkuasa dan mentadbir perlu menjadi pilihan kedua,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Briged Komunikasi di pejabatnya di sini hari ini, menurut laporan Bernama.
Dalam perkembangan yang sama, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, pihaknya berharap pihak polis tidak akan membenarkan penganjur perhimpunan Bersih 2.0 menggunakan Stadium Merdeka.
“Elok mereka (Bersih) pakai sahaja Stadium Shah Alam,” katanya yang turut disokong oleh pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan.
Sementara itu, pihak pengurusan Stadium Merdeka telah menolak lokasi itu dijadikan tempat himpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada Sabtu ini.[mynewshub]
sumber: kedahlanie
knp ko x suruh umno,perkasam,ngan balaci2 ko tue g berdemo di negeri tmpt ko parti korg kuasai,g la suruh pemuda umno ngan perkasam korg berdemo kt jhr ker,pahang,melaka ker,yg p berdemo tgh2 bandar Georgetown apsal??sila jwb wahai menteri mangkuk ayun...
ReplyDeletelembah klang pun bkn dok dalam area selangor ka jd apa salahnya.... masih lagi PR punya..... pelik.......
ReplyDeleteTindakan oleh kerajaan yang di dalam ketakutan...
ReplyDeleteBlog Baru >> http://savebudget.net