Edisi ke 23 Suara Keadilan kali ini tampil melaporkan reaksi pimpinan KEADILAN atas titah khas Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berhubung himpunan Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih 2.0), Sabtu ini.Edisi ‘kuning’ buat kali kedua berturut-turut ini didedikasikan khas sebagai tanda sokongan terhadap tuntutan NGO berkenaan bagi mendesak kerajaan melaksakan pembaharuan dalam sistem pilihan raya kotor.
Antaranya, kenyataan Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamad Azmin Ali yang mendesak Perdana Menteri Najib Razak menjunjung titah YDP Agong yang menyeru kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan oleh rakyat secara adil dan bijaksana.
Selain itu, gesaan Ahli Dewan Negara dan pimpinan Pakatan Rakyat lain antaranya Senator Saiful Idzham dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menuntut kerajaan melaksanakan tuntutan Bersih sekiranya serius menjunjung titah Yang Di Pertuan Agong.
Suara Keadilan edisi terbaru ini juga tampil dengan tetamu Istimewa, Sasterawan Negara iaitu Datuk A Samad Said dalam temubual q&A di muka surat 10 dan 11.
Mesra dengan panggilan Pak Samad, sasterawan rakyat ini bingkas menyeru golongan karyawan dan budayawan menyatakan sikap dan pendirian mereka.
“Bagi saya kita harus jujur dan rasuah harus dibendung atau dihapuskan terus. Bila wang masuk dalam pilihan raya, ia menjadi tidak sihat.
“Sesiapa yang punya banyak wang akan berkuasa, sedangkan kemerdekaan dan demokrasi itu hak umum, bukan hak untuk yang punya wang sahaja,” katanya dalam temubual itu.
Antara yang menarik ialah cerpen ‘Hikayat penyakit kuning’ hasil nukilan kartunis dan penulis Ronasina. Karya yang sarat dengan tema dan subjek sinikal itu pasti membuat pembaca tidak kering gusi.
Pada muka surat 32 pula lebih mengujakan apabila Suara Keadilan melaporkan pandangan anak bekas Perdana Menteri, Marina Mahathir mengenai tindakan kerajaan Najib ke atas Bersih.
Dengan tajuk ‘Najib lebih teruk dari bapa saya’ Marina merujuk reaksi keras kerajaan Barisan Nasional terhadap aktivis NGO, Pakatan Rakyat dan penyokong himpunan aman itu.
Manakala, kepada peminat ruangan pojok pula pasti rasa ‘dibakar’ apabila membaca ruangan ‘Dari Brickfields’ karangan pengamat dan pengkritik sosial, Hishamuddin Rais. Rangkuman berita, analisis dan ulasan berani politik negara mutakhir ini hanya boleh didapati dari Suara Keadilan.
Bersempena minggu memBERSIHkan negara dari kebobrokan sistem pilihan raya dan politik yang kotor, anda disaran untuk mendapatkan naskhah terbaru ini di pasaran. Dapatkan sebelum diborong KDN !!
Addin :
Pasti Najib tak tidur malam..
sumber: addin77.blogspot.com
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.