Followers

Monday, June 6, 2011

Ulas Kemenangan Mat Sabu - PERKASA Huru Hara buat Kenyataan wfauzdin_ns

MEMANG hebat sungguh penangan Mat Sabu sehinggakan puak pencacai pun naik `gila' dibuatnya di dalam mengulas kemenangan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS. 

Di dalam mengulas kemenangan Mat Sabu tersebut, kenyataan puak-puak pencacai ini bercanggah di antara satu sama lain dek kerana terlalu ghairah untuk memburukkan PAS.

Apa kata raja katak Ibrahim Ali selaku Presiden Perkasa? " Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali mendakwa suara Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam PAS ekoran keputusan pemilihan 2011-2013 ditentukan dan dicerminkan oleh pengaruh Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. “Suara Anwar dalam PAS ditentukan oleh (Mursyidul Am PAS) Datuk Nik Aziz dan (Presiden PAS) Haji Hadi (yang) jadi pak turut... yang lain tidak releven... memang ada yang Erdogan, ulama dan macam-macam lagi" (sumber).

Itu kata Ibrahim al kataki, rengkasnya raja katak mengatakan bahawa Mat Sabu adalah pilihan Tuan Guru Nik Aziz dan Mursyidul Am Pas itu pula mengikut kata Anwar. Agaknya keputusan Tuan Guru Nik Aziz `memberi hadiah' kerusi Parlimen Pasir Mas kepada beliau itu pun dek kerana Anwar yang suruh jika mengikut lojik raja katak tersebut. Lihat betapa cerdiknya Ibrahim Ali di dalam memberi komen. Memang wajar Umporno tidak menawarkannya menjadi ahli parti tersebut kerana beliau terlalu bijak.

Apa pula kata Pak Syed, Setiausaha Agung Perkasa? Beliau berkata kemenangan Mat Sabu pasti mengecewakan Tuan Guru Nik Aziz, Hj Hadi, puak `erdogan' dan Ulamak di dalam PAS. Ertinya, Mat Sabu bukan dari golongan di atas. Habis tu, Mat Sabu di pihak mana? Mat Sabu tidak menyokong Anwar, tambahnya. Kenyataan Pak Syed ini bercanggah pula dengan raja katak Ibrahim Ali. Mana satu yang betul? Sahih, kedua-duanya dari Perkasa itu tidak betul belaka kerana semenjak bila Perkasa itu betul? Bukankah Perkasa selalu temberang?

Nampaknya kali ini Perkasa terlalu ambil berat dengan PAS. Mengapa? Mungkin kerana ingin tumpang publisiti murahan kerana sesiapa sahaja yang mampu memburukkan PAS dan pemimpinnya pasti akan dapat publisiti percuma. Sebelum ini raja katak dapat publisiti percuma apabila `menawarkan' diri untuk berjihad `Perang Salib'. Orang Islam dahulukala sebut `Perang Sabil, atau Fi-Sabilillah', raja katak sebut `Perang Salib' iaitu istilah yang digunakan oleh puak Kristian dahulu. Mahu guna istilah pun tidak tahu, ada hati mahu komen tentang parti lain.

Saya nasihatkan kepada raja katak ini, jika mahu sangat `berjihad', paling senang adalah letak jawatan dari kerusi Parlimen Pasir Mas kerana majoriti pengundi-pengundi yang mengundi beliau dulu tidak redha lagi raja katak menenggek di situ. Jika mahu lepaskan kerusi itu pun raja katak tidak berani, usah bicara pasal `mati syahid' atau `berjihad'. Buat malu saja.

Memang bercelaru puak pencacai itu sekarang kerana hajat mereka tidak kesampaian. Perkasa pula semakin dijauhi orang dari kaum Melayu, lebih-lebih lagi kaum bukan Melayu. Di dalam PRU ke 13 nanti, raja katak akan sedar dari mimpinya di bawah tempurung. Ketika itu jangan sampai `mati katak' di Pasir Mas pula./
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.