Followers

Tuesday, June 28, 2011

Rosmah cakap: Aku Perdana Menteri, aku punya sukalah.. apasal korang dengki?


setisab
 
Aku ni kan perdana menteri, suka aku lah nak buat apa dengan duit negara aku ni. Apasal yang korang suka sangat dengki kat aku?.

Dulu Madey jadi Perdana Menteri... dia pun rebat billion-billion jugak...

Dollah jadi Perdana Menteri, dia tidur...  tapi menantu dia rembat billion-billion jugak.

Lani zaman aku lah pulak merembat billion-billion-billion sebab aku Perdana Menteri.. !!

Ketika rakyat menderita akibat kenaikan harga minyak, barang dan kos sara hidup,kerajaan pula membelanjakan hampir RM49 juta setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalannya.

Lebih tepat, sejumlah RM48,789,115.03 dibelanjakan termasuk kos sewa, kos baik pulih, bil elektrik dan bil air, lapor Harakahdaily.

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz dalam jawapan bertulisnya terhadap soalan Siti Zailah Mohamad Yusof (PAS-Rantau Panjang).

Zailah dalam soalannya mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan jumlah kos tahunan yang terpaksa ditanggung kerajaan bagi membiayai kedua-dua rumah pemimpin negara itu bermula tahun 2006 hingga 2010.

Dalam perincian jawapan yang diberikan itu, Nazri menjelaskan kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu berjumlah RM32,972,115.55, kos baik pulih RM3,581,744.78, bil elektrik RM10,267,868.15 dan bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun.

Mengulas jawapan kerajaan itu, Zailah ketika ditemui di Parlimen hari ini berkata, rakyat perlu menilai bagaimana kehidupan pemimpin mereka dalam keadaan rakyat disuruh berjimat.

“Kita boleh tengok, rakyat disuruh berjimat, tapi pemimpin negara belanja kos rumah sahaja hampir RM50 juta setahun,” katanya


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.