Followers

Saturday, June 18, 2011

Rais: Serangan siber ada kaitan dengan BERSIH

Serangan siber ke atas laman web kerajaan dan agensinya oleh kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Anonymous dipercayai ada kaitan dengan penganjuran perhimpunan
aman Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada 9 Julai ini, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim.


 

NONEMenurut beliau serangan itu dilihat sebagai satu perbuatan yang tidak patriotik kepada negara dan memberi jaminan ia hanya bersifat sementara serta ia tidak akan mengakibatkan kelumpuhan keseluruhan sistem laman web yang digodam.

Bernama
juga melaporkan Rais sebagai berkata tindakan itu bermotifkan politik dan bertujuan cuba melakukan sabotaj ke atas kerajaan.

Tambahnya, serangan terhadap laman web kerajaan itu jelas membuktikan bahawa ia dilakukan semata-mata untuk menyusahkan rakyat dengan menyulitkan urusan harian rakyat dengan kerajaan, dan bukannya menyusahkan pihak kerajaan.

"Sebagai contoh, sekiranya laman web agensi kerajaan yang menguruskan urusan tanah digodam maka urusan tanah akan terbengkalai. Sama juga dalam urusan perbankan dan sebagainya, maka serangan siber yang aneh dan menyedihkan ini adalah bermotifkan politik," katanya pada sidang berita di Kuala Lumpur, semalam.

NONERais berkata kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang kepada pengodam itu, dan menyarankan mereka yang terbabit supaya mempunyai sikap sayang kepada negara dan jangan melakukannnya kerana "marahkan nyamuk, kelambu dibakar".

Sebelum ini Anonymous menggodam beberapa laman web kerajaan dengan serangan DDoS (Distributed Denial-of-Service) kerana tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan Malaysia yang menyekat beberapa laman sesawang perkongsian fail, termasuk Pirate Bay dan Wikileaks. Pada sidang media itu, Rais juga mengakui bahawa sebanyak 198 laman web rasmi kerajaan telah digodam sehingga kini dengan 90 peratus penggodamnya dari dalam negara.

Ketika ditanya sama ada serangan siber itu akan menjejaskan keselamatan negara, Rais berkata ia boleh berlaku jika dibiarkan.

hacked sabah tourismBagaimanapun, katanya, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta agensi-agensi yang bertanggungjawab mengenai keselamatan telah bersiap sedia dan sedang menyelesaikan masalah tersebut kerana ia adalah masalah yang serius.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.