Followers

Tuesday, June 14, 2011

Najib, Kalau Dah Kaki Kencing.. Pergi Kemana Pun Pasti Hancing!!

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata rakyat tidak yakin dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) akan menilai semula subsidi gas dan perjanjian pembelian tenaga dengan pengeluar tenaga bebas (IPP) agar memihak kepentingan awam walaupun diberi jaminan oleh perdana menteri semalam.

 Lim berkata rakyat tidak yakin dengan janji terbaru Datuk Seri Najib Razak kerana masih tiada tindakan diambil ke atas skandal kehilangan saham Bumiputera sebanyak RM52 bilion.

“Hanya suruhanjaya diraja atau jawatankuasa dwipartisan yang terdiri daripada wakil BN dan Pakatan Rakyat (PR) yang terpilih akan dapat mengembalikan keyakinan umum bahawa rakyat Malaysia tidak akan terjejas dengan rundingan semula IPP berikutan kita telah kehilangannya ketika Tun Dr Mahathir Mohamad mewajibkan perjanjian subsidi gas yang berat sebelah dan tidak adil yang memberi kelebihan kepada IPP,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Dalam kenyataan petang semalam, Najib memberitahu bahawa kerajaan berada di pihak rakyat dalam isu tersebut dan perundingan sedang diadakan untuk melihat semula perjanjian dengan IPP.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata kerajaan telah memperuntukkan RM54 bilion saham Bumiputera tetapi hanya RM2 bilion yang tinggal dan masih dipegang oleh Bumiputera manakala RM52 bilion telah diagihkan kepada beberapa pemimpin Umno dan BN untuk kepentingan diri sendiri.

“Sekiranya RM52 bilion saham bumiputera masih dipertahankan, ekuiti syarikat bumiputera kini dengan mudah akan melebihi 40 peratus,” katanya lagi.

Kata Lim, itu sebab utama yang BN enggan untuk mengambil tindakan ke atas mereka yang bertanggungjawab terhadap skandal kehilangan RM52 bilion saham Bumiputera dan atas sebab itu juga rakyat Malaysia tidak yakin bahawa BN akan menyebelahi rakyat dalam rundingan semula dengan IPP berkenaan.

“Mereka yang terlibat dalam skandal kehilangan RM52 bilion saham Bumiputera dan IPP ini semuanya adalah kroni-kroni BN yang menikmati subsidi yang bernilai berbilion-bilion ringgit disebabkan oleh percaturan politik,” katanya.

Lim menambah atas sebab itu juga Najib begitu yakin menegaskan bahawa kerajaan beliau tidak akan melihat kepentingan IPP tetapi sebaliknya akan memastikan segalanya akan menyebelahi rakyat, “bunyi seperti kosong.”

“Dan, langsung tidak meyakinkan ketika kerajaan BN menolak untuk mengambil tindakan dan memaksa semua yang terlibat dengan skandal saham Bumiputera RM52 bilion untuk mengembalikan semula keuntungan haram yang dinikmati dan menyerahkannya semula kepada Bumiputera miskin dan orang Melayu,” kata beliau.

Lim menambah, sebab itu DAP menyokong cadangan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang mencadangkan agar satu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat perjanjian IPP dan subsidi gas demi kebaikan 27 juta rakyat Malaysia.

“Mengapa hanya seorang ahli parlimen BN iaitu Tengku Razaleigh Hamzah yang dapat melihat kesan pemotongan subsidi dan kenaikan kadar tarif elektrik terhadap kos sara diri rakyat Malaysia yang biasa?” kata Lim.

Sehubungan itu soal beliau, sama ada Ahli Parlimen BN yang lain terikat dengan IPP dan sanggup melihat pemotongan subsidi kepada golongan miskin akan tetapi langsung tidak menyentuh berpuluh-puluh bilion ringgit subsidi gas yang dinikmati oleh IPP, sehingga membolehkan keuntungan tahunan sehingga berbilion-bilion ringgit.

“Suruhanjaya diraja atau jawatankuasa dwipartisan yang terdiri daripada wakil pemimpin BN dan PR adalah sangat penting bagi memastikan tiada sebarang perjanjian tersembunyi terhadap perjanjian pembelian kuasa antara TNB dan IPP,” katanya./TMI

Addin:

Najib, kalau kau dah kaki kencing.. pergi ke mana-mana pun pasti bau hancing akan lekat.. Ko boleh kencing rakyat.. tapi ko jangan lupa seperkara.. sekarang rakyat dah makin pandai.. hanya menunggu masa untuk menguburkan ko dan UMNO Be End buat selama-lamanya..

 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.