Followers

Thursday, June 16, 2011

BERSIH: Amaran polis buat tangkapan pencegahan

NONEPolis akan mengambil tindakan termasuk membuat tangkapan pencegahan sekiranya perlu, sebelum dan semasa perhimpunan BERSIH yang dijadual berlangsung pada 9 Julai depan, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

Katanya, polis tidak akan mengeluarkan permit untuk perhimpunan BERSIH atau kumpulan lain yang menentangnya, kata Khalid, lapor Star online.

Khalid berkata, keputusan itu dibuat kerana perhimpunan itu bukan sahaja akan mengganggu keamanan, tetapi juga mencetuskan kekacauan.

Menurutnya, polis menerima 418 laporan dari para peniaga, ejen pelancongan dan individu yang membantah perhimpunan itu diadakan di Kuala Lumpur pada tarikh 9 Julai.

Bercakap kepada media di Akademi Polis di Cheras hari ini, Khalid berkata polis difahamkan kumpulan lain juga merancang untuk mengadakan perhimpunan di lokasi dan tarikh yang sama dengan perhimpunan BERSIH.

Sementara itu, Bernama melaporkan Khalid meminta penganjur perhimpunan tersebut membatalkannya kerana ia mengancam keselamatan.

"Kita amat khuatir dengan keselamatan dan ketenteraman awam yang akan tergugat, dan aktiviti perniagaan terpaksa dihentikan ekoran daripada perhimpunan itu," katanya.


Khalid berkata polis juga menerima laporan bahawa pada hari yang sama, terdapat kumpulan lain yang berlainan ideologi merancang untuk adakan perhimpun

"Ini mengundang kebimbangan sekiranya berlaku pertembungan antara dua kumpulan," katanya.

Beliau berkata polis akan mengambil langkah-langkah pencegahan termasuk membuat tangkapan sekiranya perlu.


"Jika terdapat juga kumpulan yang ingkar dengan arahan polis, dengan bukti yang ada, kita tidak teragak-agak untuk menangkap mereka," kata Khalid.


Beliau mengingatkan orang ramai agar tidak menyertai perhimpunan itu kerana banyak cara lain yang boleh dilakukan sekiranya untuk membangkitkan sesuatu permasalahan.


"Saya percaya kerajaan tidak pernah menolak tepi apa jua masalah-masalah yang dibawa ke hadapan. Oleh itu, saya ingin menasihatkan kepada penganjur-penganjur agar hentikanlah niat mereka untuk berhimpun," katanya.

Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.