Ada ala-ala orang Mongolia tak? |
KUALA LUMPUR,- Nooryana Najwa, anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor, secara rasmi bertunang dengan Daniyar Nazarbayev dalam satu majlis di Seri Perdana, Putrajaya Jumaat malam. Majlis pertunangan pasangan itu diserikan dengan kehadiran keluarga serta rakan mereka, selain orang kenamaan dari Malaysia dan luar negara.
Yang turut berangkat ialah Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Hajah Kalsom; Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah dan Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Tun Abdullah Badawi, menteri kabinet, timbalan menteri serta pegawai kanan kerajaan pusat dan negeri.
Hadir sama ibu Najib, Tun Hajah Rahah Tan Sri Mohamad Noah. Kenamaan asing yang hadir termasuk Putera Mahkota Abu Dhabi Jeneral Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan dan isteri Sheikha Salam binti Hamdan Al Nahyan, serta Pengerusi Medina Council Putera Saud bin Abdulaziz Al-Saud.
Nooryana Najwa, 22, merupakan lulusan School of Foreign Service, Universiti Georgetown, Amerika Syarikat sementara Daniyar, 22, menamatkan pengajian di Universiti Columbia, New York. Pasangan itu bertemu ketika menuntut di Amerika Syarikat./Bernama
Addin :
Inilah bukti pembohongan Najib, Rosmah dan Wisma Putra terhadap rakyat Malaysia.. beria-ria menafikan yang lawatan beliau ke Kazakhstan adalah 'sambil menyelam minum air' melawat bakal besannya iaitu Presiden Nursultan Nazarbayev. Najib memang takde kelas, bak kata Dr. Zul.. jumpa besan pakai duit rakyat.. Namun yang menarik perhatian aku.. muka Daniyar Nazarbavev ada ala-ala orang Mongolia.. 'di mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi'.....
Addin
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete