Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan anggota parti-parti komponen BN akan memperhebat lagi kerjasama sebagai alternatif penting untuk meningkatkan persefahaman dan permuafakatan dalam BN.Katanya, dalam masa yang sama semua parti-parti komponen BN akan berusaha untuk meningkatkan perpaduan dalaman parti masing-masing. “Ini adalah amat penting untuk menentukan bahawa segala permasalahan dalaman dapat diatasi dan dengan ini parti kita akan bertambah lebih kuat dan lebih kukuh lagi,” katanya.
Ujar beliau, BN telah mengambil kira pencapaian parti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang dilihat mengurangkan sokongan rakyat ke atas BN melalui post mortem yang telah pun dilakukan. “Banyak pengajaran yang boleh diambil dari PRN Sarawak yang mana kita akan mengambil iktibar dan melihat kepada prestasi sama ada kekuatan dan kelemahan BN agar dijadikan panduan kepada parti-parti lain bukan saja yang ada di Sarawak tetapi juga di Sabah dan Semenanjung,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Ibu Pejabat BN, Menara Dato’ Onn, malam ini.Selain itu, beliau turut memaklumkan BN menerima permohonan keahlian secara terus sebagai anggota BN dari pelbagai badan dan jumlah yang memohon sekitar 10,000 orang.
“Namun demikian, setelah dirujuk kepada parti-parti kompenan BN anggarannya adalah sekitar 3,000 kerana setengah daripadanya telah menjadi ahli kepada mana-mana komponen parti,” ujarnya.
Dalam masa yang sama, beliau turut mengulas berkaitan perhimpunan Bersih yang dianjurkan oleh pihak pembangkang sebagai hak masing-masing untuk melakukannya tetapi beliau mengingatkan bahawa negara ini tertakluk pada undang-undang.
Sementara itu, dalam program lain, Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata sudah tiba masanya parti komponen dalam BN bergerak sebagai satu perikatan yang kuat dan bukan hanya bersatu ketika musim pilihan raya semata-mata.
“Ada golongan muda, yang mahu jadi ahli BN tanpa perlu masuk mana-mana parti komponen. Jadi kita harap keahliaan terus yang telah diluluskan pada Konvensyen BN pada tahun lalu akan segera dilaksanakan.
“Walaupun, BN ada 13 parti komponen kita perlu bergerak sebagai satu entiti,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Pergerakan Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP) 2011 di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) di sini, Jumaat.
Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, Pemuda BN perlu bergerak sebagai satu pasukan dengan semangat keterangkuman bagi memastikan kemenangan BN pada setiap pilihan raya.

ADDIN
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.