Kalau Najib ni ada deria rasa malu.Sepatutnya 34 hari Najib dok bawah ketiak bik mama....Maunye tidak?
Dia siap suka Osama mati dibunuh Amerika!...Walhal dia lupa akan konsep persaudaraan Islam..Kena kilas dengan ayat golongan ulama' ni..Bersepah!
Duhai Umat Islam Malaysia..Especially yang dok berkarat UMNOnya tu...Marilah sesekali menggunakan otak...
Jangan biarkan TV3 dan RTM tolong fikirkan untuk kamu!
budakbalun 04052011
Nik Aziz doakan rahmat, keampunan pada Osama
Datuk Nik Aziz Nik Mat menganggap pihak yang menyifatkan dunia lebih selamat dengan kematian Osama Laden sebagai tidak cermat dan "bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika". "Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?" soal menteri besar Kelantan itu.
Kenyataan Nik Aziz (kiri, berserban) itu dipercayai cuba 'menyiku' Najib yang semalam dilaporkan berkata dunia akan lebih selamat dan aman dengan kamatian pemimpin al-Qaeda itu. Perdana menteri juga dilaporkan berkata kematian Osama adalah juga satu pengajaran bahawa keganasan tidak membuahkan sesuatu kebaikan sebaliknya membawa kemudaratan kepada semua pihak. Nik Aziz bekata, jika benar Osama dibunuh oleh Amerika Syarikat semalam, sebagai seorang Islam beliau perlu mendoakan rahmat dan keampunan saudara seagamanya itu.-Malaysiakini
Najib: Dunia lebih selamat dengan kematian Osama
Datuk Seri Najib Razak berkata dunia akan lebih selamat dan aman berikutan kematian pemimpin pengganas Al-Qaeda, Osman bin Laden, dalam satu operasi oleh pihak keselamatan Amerika Syarikat bersama Pakistan di luar Islamabad hari ini.
Perdana Menteri berkata kematian Osama adalah juga satu pengajaran bahawa keganasan tidak membuahkan sesuatu kebaikan sebaliknya membawa kemudaratan kepada semua pihak.
"Saya berharap bahawa pada masa akan datang, dunia akan lebih sedar bahawa keganasan bukanlah satu pendekatan yang patut dilakukan untuk mencapai apa juga tujuan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Rumah Terbuka Hari Vaisakhi 1Malaysia di Dataran Merdeka, di Kuala Lumpur.
-Malaysiakini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.