Followers

Thursday, March 31, 2011

Isu Video Seks: Gelaran "Syaitan Bisu", Akhirnya Dua Mufti Terpaksa Bersuara !!

Isu Video Seks: Gelaran "Syaitan Bisu", Akhirnya Dua Mufti Terpaksa Bersuara Untuk Menyatakan Kebenaran Terhadap Kes Tersebut Menurut Pandangan Islam

Mungkin akibat takut dengan gelaran "Syaitan Bisu" maka akhirnya dua orang Mufti Kerajaan Negeri terpaksa bersuara menyatakan pendirian mereka tentang isu "video seks" yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Mereka ialah Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya.

Kenyataan dua Mufti itu adalah berlandaskan kepada pandangan kes berkenaan dari sudut agama Islam. Sementara itu Mufti Perak menafikan yang beliau beliau hanya berdiam diri dan tidak bersuara berhubung pendedahan rakaman video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, Mufti Perak itu menegaskan, sejak rakaman video seks itu didedahkan awal minggu lalu beliau telah mengeluarkan kenyataan dengan menegaskan pendedahan itu telah mengaibkan Anwar yang juga Ketua Umum PKR kerana ia belum dibuktikan kebenarannya.

“Siapa kata saya tidak bersuara? Siapa kata saya tidak ada cakap apa? Sejak hari pertama lagi saya sudah bercakap mengenai perkara ini dan bagi saya rakaman video seks itu telah mengaibkan Anwar kerana tidak saksi yang boleh buktikan.

“Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia (video seks) hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar,” katanya.

Kata Harussani, rakaman video seks itu boleh dianggap sebagai fitnah dan dosa besar kerana hukuman telah dijatuhkan terlebih dahulu terhadap Anwar tanpa bukti yang sahih. “Kita buka rahsia orang ini adalah haram, benda yang tidak betul tapi didedahkan adalah satu fitnah, dosa besar dan tidak bermoral.

“Rakaman video seks itu betulkah Anwar? Laporan juga belum dapat dipastikan lagi... ini adalah fitnah dan dosa besar,” katanya.

sumber: Pahang Daily Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.