Pemberian bantuan segera kepada rakyat ketika kempen pilihan raya tidak boleh ditakrif sebagai rasuah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.
Beliau berkata ini kerana pelbagai bantuan yang disampaikan kepada rakyat menjelang pilihan raya adalah sebagai memenuhi manifesto atau janji yang dibuat kerajaan jika menang pilihan raya.
"Kita dah berjanji kalau menang kita akan tunaikan (manifesto)...sebagai contoh bantuan mesin jahit, kalau kita tak bagi masa nak pilihan raya boleh segera bagi selepas pilihan raya, sama sahaja, adakah ini satu kesalahan?
"Kita juga tak boleh nak hentikan pemberian ini sebab kita akan bagi juga selepas itu (pilihan raya)," katanya ketika menjawab pertanyaan Ab Azizi Ab Kadir (PKR-Ketereh) pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini. - Mkini
Aku pun heran la dengan Nazri ni, kalau nak jawab pun, bagi la jawapan yang logik sikit. Kalau logik takat budak sekolah tadika macam tu baik tak payah bagi, buat malu kat budak PASTI ja.
Punya la BANGANG punya jawapan macam tu dibagi dalam Parlimen. Takkan dia taktau sampai bila-bila orang boleh rujuk cakap dia tu kat dalam hansard.
Tapi, bila difikir balik, takdak apa silapnya pun Nazri bagi jawapan macam tu. Pasainya dia memang tau sangat, rakyat Malaysia majoritinya bukan heran pun. Bagi la jawapan bangang macammana pun, mai PRU nanti depa undi jugak.
Sama jugak dengan blogger pencacai takebeer, depa pun tak heran. Depa punya logik lagi laa bangang. Depa bukan peduli soal logik tak logik, soal undang-undang, soal hukum, janji boleh untungkan Umno BN depa belasah ja.
Sapa-sapa yang ada salinan buku undang-undang pasai kesalahan pilihanraya tolong hulur sat kat timbalan menteri sorang ni. Suruh dia baca bukan takat sampai khatam tapi kena sampai hadam.
Lagi satu kalau ada yang jumpa veersi online punya, tolong bagi link kat aku. Puas dah aku cari kat internet ni tapi tak jumpa-junpa. Takkan takdak yang teringin nak upload.
Aku ada satu copy yang punya pirate masa sebelum PRU2004 dulu, tapi tak mana aku letak cari tak jumpa-jumpa jugak.
Cenangau Daunkari
source: http://cenangau.blogspot.com/2011/03/awat-la-bangang-sangat-nazri-ni.html#ixzz1I2MdTwxD
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.