Followers

Thursday, February 10, 2011

Sajak Buat UMNO PAS DAN PKR - oleh RAMLI ABDUL RAHIM

Sebagai Muslim
Akidah kita kena jelas
bumi manusia ini adalah pinjaman belaka
bumi ini Allah yang punya
'Sesungguhnya Aku (ALLAH) akan menjadikan di atas muka bumi ini Khalifah......" al ayah
lantas berlaku dialog di antara Allah dan Malaikat
kerana Malaikat tahu manusia akan menumpahkan darah
sedangkan para Malaikat sentiasa bertasbih kepada Allah
lantas Allah berfirman
"AKU TAHU APA YANG KAMU TIDAK TAHU'.

Umur sunnah bani manusia 63 tahun
masa itu begitu singkat untuk mengimarahkan bumi Allah
pejam celik pejam celik
saat kematian di ambang pintu.

Qorun mengumpul harta
banyak hartanya
tetapi harta Qorun tidak dibawa ke dalam kubur.

Ada kaum yang pupus yang hanya tersebut di dalam Quran
Kaum 'Aad dan kaum Thamud ditelan bumi
Firaun hanya meninggalkan Piramid.

Manusia daripada tanah
dan manusia akan kembali kepada tanah
apabila kematian datang
tidak ada apa yang dapat dipertahankan
segala hiasan duniawi akan ditinggalkan
yang akan dibawa hanya kain kafan dan papan
untuk menutup liang kuburan.

Kalau perjuangan kita hanya noktah tidak megapa
tetapi setiap masa Kiroman Katibin mengikut kita
mereka berdua akan mencatat setiap perlakuan kita
dan catatan itu akan dipersembahkan di depan Allah Robbbul Jalil di Yaumil Mahsyar
itu yang menggerunkan.

" Pada hari ini Kami (Allah) kunci mulut mereka dan kami jadikan tangan mereka berkata-kata dan kaki mereka menjadi saksi akan apa yang mereka kerjakan semasa di dunia " al ayah (surah Yassin).

Tazklrah ini untuk diriku
dan seluruh manusia Muslim yang faham Bahasa Malaysia.


Ramli Abdul Rahim
9 Feb 2011

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.