Kota Bharu: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam, menyifatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed, sebagai seorang lelaki tua yang tidak lekang daripada mengecamnya.
Menteri Besar itu turut menyindir Dr Mahathir yang selalu mengkritiknya sejak kebelakangan ini disebabkan `terlupa makan ubat’.
"Dia (Dr Mahathir) orang tua, kita (saya) hormat ke dia. Boleh jadi dia (Dr Mahathir) terlupa makan ubat hari ini," katanya kepada pemberita di kediaman rasminya, di JKR 10, di sini, semalam.
Beliau mengulas apabila ditanya mengenai tindakan Dr Mahathir yang sejak kebelakangan ini selalu mengkritiknya dengan menganggap Nik Aziz hanya bertujuan ingin memenangi pilihan raya serta pengkhianat Melayu.
Ditanya mengenai kenyataan Dr Mahathir yang meminta beliau bersyukur dilahirkan Melayu, Nik Aziz berkata, beliau tidak minta dilahirkan menjadi orang Melayu kerana semuanya ketentuan Tuhan. -BH
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.