Gambar wanita serba misteri ini telah tersebar secara meluas di laman-laman facebook dan blog - semua nada ceritanya adalah sama, tunggu dan tunggu pendedahan yang akan mengejutkan berkenaan wanita yang sudah pun gambarnya "tersiar lebih awal" daripada rancangan asal.
Sayang, sumber original yang mengetahui asal-usul kisah duka lara wanita tersebut, tidak dimaklumkan terlebih dahulu. Tanpa berselindung, saya akui kisah yang bakal didedahkan oleh tuan empunya cerita berhubungan wanita di atas - tidak hanya menghancur-lumatkan politik Anwar Ibrahim, bahkan cerita dan hikayat di sebalik gambar wanita manis tersebut bisa sahaja menggegarkan segenap jantung dan urat nadi rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran.
Hikayat Si Wanita Misteri ini - seratus kali ganda lebih menakutkan daripada apa-apa yang telah dialami oleh Saiful Bukhari, Sukma, dan Azizan - hikayat malapetaka ini, InsyaAllah akan dijadikan sebagai pintu keluar Anwar Ibrahim untuk selama-lamanya.
Tunggulah - hikayat wanita misteri di atas akan disempurnakan oleh empunya asal ceritanya, yakni individu yang bertanggungjawab menyebabkan Anwar Ibrahim tersingkir dari kerusi Timbalan Perdana Menteri dan Shamsidar Tahrin menagis kesepian. Pastikan cerita dan hikayat yang anda baca nanti adalah yang original! Selamat bercuti panjang.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.