Pejabat Peguam Negara hari ini gagal dalam permohonannya di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat mencabar keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk membubarkan Badan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis).
Panel tiga anggota yang diketuai oleh hakim Datuk Ramly Ali, bersama-sama hakim-hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad dan Datuk Zaharah Ibrahim, membuat keputusan sebulat suara menolak rayuan Pejabat Peguam Negara.
Kerajaan negeri Selangor diwakili oleh peguam, Derek Fernandez dan S Selvarajah manakala pendakwaraya kanan persekutuan Suzana Atan mewakili Pejabat Peguam Negara.
Pada 10 Ogos lalu, satu lagi panel Mahkamah rayuan membenarkan Pejabat Peguam Negara mengketepikan kebenaran yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi kepada kerajaan negeri Selangor dan sembilan yang lain bagi mencabar kesahihan keputusan ROS untuk membubar dan menyah-daftarkan Balkis.
Peguam Datin Paduka Zaleha Zahari, yang mengetuai panel tiga anggota secara sebulat suara menolak permohonan yang dibawa oleh 10 perayu itu supaya menolak notis yang dikeluarkan oleh peguam negara terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.
sumber: malaysiakini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.