Followers

Sunday, January 23, 2011

PANAS!! Shahrizat Jalil Yang Penipu Dan Buta Sejarah!!


Kah kah kah...

Agaknya Shahrizat dah mula lupa, meh kita sama-sama ingatkan...


Dari tahun 1959 lagi PAS sudah meletakkan calon wanita untuk bertanding dalam pilihanraya kedua Persekutuan Tanah Melayu...


Khadijah Mohd Sidek adalah calon pertama PAS memecahkan rekod, bukan saja sebagai wanita pertama yang jadi calon tetapi menang dan menjadi wakil rakyat, di kala Shahrizat entah di mana masa itu!


Dalam pertandingan tiga penjuru di Parlimen Dungun, beliau menang bergayaa menumpas lawan dari Perikatan, Mohd Adib Omar dengan majoriti 2,091 undi.


Beliau memperolehi 6,249 undi berbanding lawannya, 4,158 undi. Seorang lagi calon, Wan Salleh Abdul Kadir mewakili Front Sosialis (SF) mendapat hanya 595 undi.


Ini fakta, buka rekaan (sila klik
DI SINI untuk maklumat lanjut)

Jadi Shahrizat, janganlah tipu generasi muda macam kami...


Janganlah menipu sebab frust calon wanita Barisan Najis tak tercalon lawan Cikgu Normala Sudirman...


Kah kah kah...


Andai kata kamu buat kenyataan silap fakta lagi, siap!


Kami akan bongkarkan segala kejahatan kamu semasa jadi Ahli Parlimen Lembah Pantai dari 1999 hingga tersungkur di tangan Nurul Izzah Anwar 8 Mac 2008 dulu...


Ingat! Jangan permainkan fakta, kami akan keluarkan "fakta yang akan menggerunkan" buat kamu!!


Shahrizat: Cikgu Mala jadi calon PAS hasil perjuangan Umno


Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menegaskan sayap itu akan memberikan “sokongan 110 peratus” kepada calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azahar Ibrahim dalam pilihan raya kecil kerusi Tenang yang kempennya bermula hari ini.


Dengan itu Shahrizat mengetepikan dakwaan bahawa Wanita Umno Labis menolak pemilihan Mohd Azahar sebagai calon BN.


Sebelum ini, Shahrizat meminta supaya kepimpinan tertinggi BN memilih calon Wanita dalam pilihan raya kecil itu yang akan diadakan pada 30 Januari ini.


Beliau juga berkata, pemilihan Normala Sudirman, 38, sebagai calon PAS-Pakatan Rakyat adalah hasil perjuangan Wanita Umno selama ini.


“Saya nak kata sebenarnya apa yang berlaku di pembangkang (pemilihan wanita) adalah hasil perjuangan Wanita Umno selama ini.


“Dulu PAS tidak benarkan wanita bertanding, kalau pergi ke pasaraya juga minta asing lelaki dan wanita, jadi apabila PAS memilih wanita ia adalah satu pengiktirafan kepada perjuangan Wanita Umno selama ini,” katanya ketika ditemui di proses penamaan calon DUN Tenang di pejabat Majlis Daerah Labis di sini.


Penamaan calon diadakan pagi tadi.


“Saya nak maklumkan sebagai Ketua Wanita Umno, saya minta kepimpinan tertinggi supaya calon wanita dipertimbangkan (sebagai calon) dan saya akan terus meminta.


“Kalau bukan pada pilihan raya kecil ini, mungkin dalam pilihan raya umum nanti, saya akan minta supaya wanita dipilih sebagai calon.


“Jadi di DUN Tenang, kita bukan hanya memberikan sokongan 100 peratus tetapi 110 peratus kepada calon BN,” katanya.


Dalam laporan The Malaysian Insider pagi ini menyebut Wanita Umno Labis menafikan dakwaan bahawa sayap itu tidak menyokong pemilihan Mohd Azahar sebagai calon BN.


Ketua Wanita Umno Labis Haslinda Salleh berkata, pihaknya setuju dan akur dengan keputusan yang dibuat kepimpinan Umno dalam memilih calon terbaik untuk memenangi pilihan raya kecil itu.


Umno-BN meletakkan Mohd Azahar, bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit manakala PAS-Pakatan diwakili oleh Normala, Ketua Muslimat PAS.


Tambah Shahrizat, Wanita Umno memainkan peranan besar dalam memilih Mohd Azahar sebagai calon BN.


“Wanita Umno adalah tulang belakang jentera BN, ketika memilih calon BN Wanita Umno memberikan sokongan besar.


“Kita beri sokongan dan tiada masalah, kita akur dengan keputusan yang dibuat parti,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.