Followers

Saturday, January 29, 2011

Badrul Port Klang - Lambang Ke'lembapan' Katak Melayu!

Teman makin tak faham makhluk Allah SWT bernama Badrul ni..
Mungkin dari beberapa aspek..
 
Bijak lagi 3 katak Perak Behrang, Changkat Jering dan Jelapang..
Sekatak-katak mereka..
Mereka turun gak sidang Dun..
Idak pulak deme 'tuang'..

Mungkin sebab UMNO dah berjaya rampas DUN kot..
Tu yang berani tuh!

Tapi si katak Port Klang ni..
Langsung tak datang bersidang!
Attendance list pun takde nama dia!
Leh pulak ngaku datang!
Adehhh!!

Satu DUN tak nampak muka dia..
Boleh pulak dia ngaku datang..
Ikut pintu belakang ke?

Nampak gayanya..
memang kompom takde peluang la rakyat Port Klang nak dapat 'harta dari langit' macam rakyat Tenang dan seumpamanya..
Maklumlah.. kalau ada PRK..
kompom ramai 'Santa Claus' dari Putrajaya akan datang menabur hadiah dari langit!
Menyorok hadiah dalam stokin!
Wakakakakaka!

Rakyat Port Klang kena banyak-banyak buat Solat Hajat mohon ada PRK nehh!!
Baru masyukkk!!

Akhirnya.. Harap PKR sedar diri!

sunsnake 28012011

DUN Pelabuhan Klang: Badrul gagal peroleh perintah interim halang SPR

TERKINI @ 07:28:34 PM 28-01-2011
January 28, 2011

SHAH ALAM, 28 Jan — Mahkamah Tinggi Shah Alam tidak memberi Badrul Hisham Abdullah, yang mencabar status kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang, perintah injunksi sementara bagi menghalang Suruhanjaya 

Pilihan Raya (SPR) daripada mengadakan mesyuarat khas menentukan nasibnya, sebaliknya kes itu akan didengar pada 7 Februari ini.
Sebaliknya mahkamah hanya memberikan nasihat kepada pemimpin itu yang keluar PKR untuk menyertai Umno tahun lalu.

Permohonan untuk mendapatkan perintah interim didengar di kamar hakim.

Hakim Datuk Suraya Othman menasihatkan pihak-pihak yang terlibat dalam pertikaian supaya tunggu sehingga kes yang sebenar selesai didengar sebelum sebarang tindakan diambil, kata peguam-peguam Badrul selepas bicara secara tertutup petang ini.

Pagi tadi, Mahkamah Tinggi menetapkan 2.30 petang, 7 Februari ini untuk mendengar permohonan Badrul.

sumber: aku budak balun

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.