Followers

Monday, January 3, 2011

Apakah Sultan dan Raja-Raja Melayu Tidak Punya Perasaan Malu?


Rakyat Malaysia dan mungkin juga Indonesia hampir saban hari berbicara tentang kes rogol yang didakwa dilakukan oleh seorang  pemimpin kerajaan Malaysia bertaraf menteri. 
Kes yang mula dibongkar oleh laman WikiLeaks ini mengisahkan perbuatan rogol yang didakwa berlaku sekitar tahun 2007 oleh seorang menteri dalam barisan kabinet, bekas presiden Umno yang juga pengasas Islam Hadhari, Dato' Seri (Tun) Abdullah Badawi. Sebelum saya terlupa, apa sudah jadi dengan Islam Hadhari? 
Berjuta ringgit wang rakyat telah dihabiskan oleh kerajaan Umno/BN untuk mewar-warkan Islam Hadhari, akhirnya ia lenyap bersama hangusnya wang rakyat!!! Apakah mereka yang menyokong Umno/BN masih buta?


Seakan menjadi dasar orang politik hanya pandai bermain kata, menabur janji dan berpura-pura. Sikap ini tidak menjadi pelik lagi dalam senario politik negara. Saya telah lali dengan sandiwara ini. 

Persoalannya sekarang, apakah raja-raja dan Sultan Melayu yang ramai di negara ini juga beramal dengan sikap berpura-pura? Katanya Sultan ditintakan sebagai ketua agama Islam dan payung kesejahteraan rakyat. Apakah sebagai ketua agama Islam, para sultan tidak menyedari hal yang sedang rancak diperdebatkan oleh rakyat? Apakah para Sultan tidak sensitif kepada perasaan dan kebimbangan rakyat? 

Saya mohon kepada para Sultan, jika benar kalian sebagai payung kesejahteraan rakyat, sila campurtangan dalam masalah rakyat ini. Para sultan, ingatlah gaji, elaun dan segala kemewahan kalian adalah hasil daripada titik peluh rakyat yang disalurkan melalui cukai kemudian dijadikan sebagai habuan bulanan buat semua para sultan dan raja-raja Melayu hidup dalam serba kemewahan. Para sultan, tolonglah bersama kami leraikan kekusutan keinginan rakyat ini. 

Rakyat Malaysia berasa malu kerana ada kalangan menterinya yang menjadi perogol. Soalnya apa para raja dan sultan Melayu yang katanya sebagai ketua agama Islam tidak punya perasaan malu dan hanya mendiamkan diri dalam isu besar ini? Cukuplah dengan perangai Siti Aisyah yang berperangai buruk dan memalukan. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.