ADUN Umno Meninggal Dunia, Najib Tidak Tenang
Sulaiman, 59, meninggal dunia akibat komplikasi penyakit kencing manis yang dihidapinya.
Beliau dimasukkan ke hospital pada 24 November lalu kerana demam baisa dan juga bagi rawatan lanjut penyakitnya setelah menghadiri majlis sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor pada petang 23 Nov.
Adun dua penggal itu kemudiannya dimasukkan ke Hospital Daerah Segamat pada hari yang sama setelah doktor mendapati kadar kandungan gula dalam badannya tinggi.
Pada berikutnya beliau dipindahkan ke Hospital Ampang Puteri dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan untuk menjalani rawatan lanjut apabila disyaki terdapat kuman dalam darahnya.
Sulaiman merupakan Ketua UMNO Bahagian Labis, meninggalkan tujuh orang anak dan isteri, Datin Noraini Yaakop.
Sulaiman memenangi kerusi DUN Tenang pada Pilihan Raya Umum 2004 dan berjaya mengekalkan jawatannya pada PRU 2008.
Beliau mengalahkan calon PAS Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492.
Beliau mendapat 6,367 undi manakala pencabarnya 3,875 undi.
DUN Tenang mempunyai seramai 14,511 pengundi berdaftar denga peratusan pengundi mengikut kaum Melayu: 49.59% Cina: 38.24% India: 12.07% Lain-lain: 0.9%./SK
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.