Saifuddin, S/U Agung PKR kata... permohonan untuk gabungan rasmi Pakatan Rakyat sudah dibuat. Dia kata pihak ROS cadangkan agar ditambah nama Malaysia dihujungnya agar berbunyi Pakatan Rakyat Malaysia.
But... boss ROS pulak kata, mereka belum lagi terima permohonan rasmi untuk lambang Pakatan Rakyat. Permohonan untuk lambang sajakah atau pertubuhannya sekali yang masih belum terima??
Awat lembabnya..?? When it comes to pihak pembangkang, tak efisyen langsung. Slow macam kekura. Tapi, jika pihak sebelah sana..... macam lipas kudung!! Ini namanya double standard. Bertangguh-tanggung kerja tu tak elok tau tak... Pencurik masa!!
So... professionallah sikit!!
PETALING JAYA: Pendaftar Pertubuhan (ROS) mencadangkan nama Pakatan Rakyat ditambah perkataan 'Malaysia' menjadi Pakatan Rakyat Malaysia sebagai nama rasmi gabungan pembangkang bagi mencerminkan imej nasional.
Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution berkata, syor itu dinyatakan ROS semasa pertemuan beberapa bulan lalu bagi membincangkan cadangan permohonan pakatan pembangkang PKR-PAS-DAP.
"Itulah kali terakhir kita bertemu mereka dan sehingga kini kita belum menerima apa-apa maklum balas daripada ROS. Kali terakhir kita bertemu ROS beberapa bulan lalu, mereka cadangkan nama Pakatan Rakyat ditambah dengan perkataan 'Malaysia' menjadi Pakatan Rakyat Malaysia bagi cerminkan imej nasional.
"Tapi sampai sekarang kita tunggu... belum ada apa-apa," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.
[Terus membaca di
sini]
Posted by A Mum Of Three Mohd at 12:06 PM
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.