Followers

Thursday, November 25, 2010

CERAMAH PAS : UMNO GANGGU LAGI, TERUS PAMERKAN PERANGAI TIDAK BERTAMADUN - by BLOGMASTERS ·


Umno Melaka terus menunjukkan sikap tidak bertamadun dan tidak professional mereka apabila telah bersiap sedia untuk menganggu ceramah PAS di perkarangan PASTI Bukit Katil malam ini.

Mengikut laporan yang saya terima, Umno akan membuat ceramah besar-besaran malam ini kerana 3 khemah telah dipasang di sebelah tempat ceramah PAS dan banyak bendera BN telah dipasang di kawasan sekitarnya. Sebelum Umno tidak pernah memasang bendera BN, mungkin ceramah ini anjuran Umno dan BN Melaka agaknya.

Jelas sekali Umno/BN Melaka khususnya Ketua Menteri tidak serik dan malu kerana berperangai kebudak-budakkan seperti ini. Walaupun ditertawakan oleh rakyat setiap kali mereka menganggu ceramah PAS, Umno terus memalukan diri sendiri dengan tidak memberhentikan perangai tidak matang mereka ini.

Insya Allah ceramah PAS malam ini akan dimulakan dengan solat maghrib berjemaah dan bacaan Yaasin serta solat hajat perdana di perkarangan PASTI. Program sudah diaturkan sebulan lalu bertujuan untuk memohon kepada Allah supaya PASTI dan Surau Bukit Katil selamat dari pengkhianatan pihak berkuasa yang hendak merobohkannya. Selain itu solat hajat dan bacaan Yaasin ini khusus untuk sesiapa sahaja yang terlibat merobohkan PASTI dan Surau tersebut.

sumber : mutaligat

2 comments:

  1. Teringat dulu kisah Ali ketam berkokok sebab nak menyindir dan menganggu TG Hadi Awang berucap. Betul2 macam ayam jagoh tercekik karbait. Apa la malang dapat ketua menteri akal pendek camni.

    ReplyDelete
  2. Tu lah dia..segala perbuatan Ali Rustam itu akan memakan dirinya sendiri..buktinya nanti apabila PRU 13, rakyat Melaka akan menolak Umno/Bn secara TOTAL, dan akan berpindah kuasa kepada Pakatan Rakyat, Insyallah.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.