Followers

Monday, November 29, 2010

Apa Dah Jadi Negara Malaysia?

Ketua Oposisi Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata paras keyakinan pelabur luar terhadap kerajaan di bawah Umno-BN berada pada tahap yang amat rendah menyebabkan beratus-ratus syarikat asing yang membuat pelaburan di negara ini memilih untuk membuat perjanjian perniagaan samada di Hong Kong atau Singapura.

"Mengapa keadaan ini berlaku? Pelaburan di buat di Malaysia tetapi perjanjian dimeterai di Hong Kong atau Singapura. Bukan sahaja sektor guaman kehilangan pendapatan beratus-ratus juta malah negara juga menanggung kerugian. Ini disebabkan pelabur tidak yakin dengan
sistem kehakiman di negara ini dan mereka takut sekiranya ada pertikaian mereka tidak akan dapat keadilan untuk melindungi pelaburan mereka di negara ini," kata Anwar dalam perbahasan Bajet 2011 berhubung peruntukan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri tengahari tadi.

Sehubungan itu menyifatkan alasan kejatuhan ekonomi Malaysia disebabkan oleh pihak pembangkang yang memburuk-buruk imej di luar negara sebagai kenyayaan paling hamnbar dan cetek keluar dari mulut pemimpin Umno-Barisan Nasional.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata alasan yang tidak masuk akal ini adalah bagi menutup segala penyelewengan dan kepincangan disebabkan oleh rasuah dan salahguna kuasa di bawah pentadbiran Umno-BN selama ini.

"Saya berpandangan alasan ekonomi negera jatuh disebabkan kenyataan pembangkang di luar negara sebagai amat hambar dan cetek dalam usaha untuk terus memperbodohkan rakyat. Alangkah bodohnya sampai mahu menghantar 'SB' (special branch) bagi memantau ucapan dan kenyataan pemimpin pembangkang di luar negara.

"Kenyataan cetek ini hanya untuk mempertahankan rasuah dan menutup segala kelemahan kerajaan Umno-BN.

"Kalau begitu baguslah kalau pelabur dengan cakap Pakatan Rakyat, kita kata jangan labur dia pun tidak akan melabur, kita kata labur mereka pun ikut cakap kita melabur. Jadi eloklah kita yang perintah Malaysia bukannya Umno-BN," tegas Anwar.

Merujuk kepada laporan World Ekonomi Forum, Anwar berkata kejatuhan pelaburan langsung asing (FDI) yang dialami Malaysia pada 2009 di kalangan negara rantau Asia Tenggara sebanyak 81 peratus adalah amat ketara berbanding perolehan FDI yang sihat oleh Thailand dan Indonesia.

"Ini merupakan paras yang paling rendah yang dialami oleh Malaysia dalam tempoh 20 tahun. Kalau nak katakan Malaysia lebih baik dari Timur Leste dan Myanmar saya ucap tahniahlah tapi ini sudah tentunya tidak mencukupi," Anwar tersenyum sinis.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.