Followers

Tuesday, November 30, 2010

AMK - Perkasa Pelacur Murahan (jalang 2 ringgit)?


SHAH ALAM, 29 NOV: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin menganggap Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) sebagai 'pelacur murahan' kerana menggadaikan maruah bangsa bersekongkol dengan UMNO.

Menurut Shamsul serangan dan tuduhan Perkasa yang menyatakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden, Azmin Ali sebagai 'pelacur politik' dan 'Pengkhianat' kerana menolak konsep 'ketuanan melayu' yang dibawa UMNO jeles menunjukkan kedangkalan pemikiran mereka.

"Kalau kedua-dua pemimpin Keadilan ini dilihat mereka sebagai pelacur politik, Saya kira perkasa juga bakal digelar sebagai pelacur murahan kerana sanggup lacurkan bangsa sendiri demi kepentingan politik mereka.
Perjuangan perkasa ini ibarat tong kosong yang tidak mempunyai isi kerana gunakan istilah yang menunjukkan betapa dangkalnya pemikiran mereka bertujuan mencari publiciti murahan," kata Shamsul kepada TV Selangor, petang tadi.

Ketua Wira Perkasa Arman Azha Abu Hanifah dalam sebuah sidang media mengecam kedua-dua pemimpin PKR terbabit atas alasan mereka dilahirkan dan mendapat kesenangan menerusi konsep 'Ketuanan Melayu' Arman juga mendakwa kononnya Wan Azizah dan Azmin sebagai 'kacang lupakan kulit.'

PKR semalam mengangkat konsep ketuanan rakyat dan bangsa bermaruah bagi menggantikan konsep ketuanan melayu yang telah terbukti gagal kerana digunakan Umno bagi menguntungkan orang-orang tertentu sahaja.

Menurut Shamsul, AMK bakal mengadakan beberapa siri 'dialog ilmiah' berbentuk dua hala dan intelektual bertujuan menerangkan hal itu kepada orang ramai khususnya masyarakat muda.

Shamsul yakin rakyat kini cukup matang untuk berfikir tanpa mengira batasan agama dan kaum.

-tvsnews-

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.