Followers

Thursday, September 2, 2010

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dah hantar surat amaran pada YB Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Serdang.


Perihal tapak kaki pompuan berhaidh......alahai.....

Beliau dilarang masuk di ruang solat utama di mana-mana Masjid dan Surau di negeri Selangor tanpa kebenaran MAIS.

Di masa-masa akan datang beliau perlu mendapat kebenaran yang awal sebelum menziarahi sesuatu Masjid atau Surau.

Dengan keluarnya surat itu, maka itu jelas membuktikan orang Islam boleh memasuki Masjid dan Surau dengan syarat mendapat kelulusan terlebih dahulu.

Adess, mana nak sorot muka-muka orang-orang yang dikatakan sangat kuat berpegang kepada Ajaran Islam kononya orang bukan Islam dilarang memasuki Masjid dan Surau terutama Si Mamat-Mamat ini:

  • si Mamat Jais yang kata orang bukan Islam dilarang masuk dalam Masjid dan Surau kerana badan mereka berhadas besar (haidh). {Apa, yang bercakap tu selalu mandi wajib di malam buta setiap kali lepas berjimak ke?)
  • si Mamat Bandar Baru Kulim yang konon 'kuat' Melayunya dan 'kuat' Islamnya [jikalau pakai kopiah jadi ukuran) yang amat memandang 'hina' kepada orang kafir (disebutnya kafir harbi) kononnya men'gotor' tempat sujud orang Islam. {Rasanya tapak kaki amoi itu lebih lembut daripada tapak kaki si Mamat itu yang busuk, kematu lebih kurang sama dengan hatinya yang keras kematu lagi hapak busuk. Nabi SAW pun menggunakan kepakaran orang kafir yang beramanah untuk memandu arah ke Madinah dalam peristiwa hijrah. Apakah si Mamat Kulim tu dah jangka tapak kakinya lebih mulia dari tapak kaki kafir yang membantu Nabi SAW itu?}
  • si Mamat Pasir Mas pula mencadangkan agar digubal undang-undang Syariah agar orang bukan Islam ditegah memasuki Masjid dan Surau (si Mamat perasan ni dah kering modal, daripada berjalan ke hulu ke hilir men'yepak kertas dan tin', lebih baik keluar kenyataan yang 'pelik-pelik' kot-kot yang 'buta hati' ada yang pangkah dia besok)

Nota:

Orang-orang tua selalu berpesan, lebih baik diam daripada terlalu banyak dan terlebih 'sudu daripada kuah' apabila berkata-kata kerana dikhuatiri apabila terlebih berkata-kata penginap Tanjung Rambutan atau Tampoi pun berdekah-dekah ketawakan kita......kah kah kah kah kah..... Posted by al-brangi 


1 comment:

  1. inilah rupanya kalau buat kerja tak ikut Syariat Allah... tapi ikut nafsu, jadi lembu pawah... takut jawatan tergugat sanggup jadi lembu ubn.. walhal contoh banyak yang boleh diambil iktibar.. patutnya mais ke maos ke jais ke jaus ker bab-bab agama ni kenalah berhemah tanpa mengabaikan Syariat... kita nak mendekatkan bukan nak menjauhkan, kita nak memudahkan bukan nak memayahkan... pangkat tinggi, tapi bangang lagi tinggi.. patutlah ummah keliru... penguasa pun bebal.. kalau dah itu pun tak tau nak pikir ... pegi mampos lagi baik.. letak jawatan... bagi orang lain yang boleh tegakkan syiar Islam yang benar buat keja.. agaknya puak2 ni suka sangat nak masuk neraka...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.