Followers

Tuesday, September 14, 2010

ISU PERKASA : UMNO MENIKAM DIRI SENDIRI !! - Oleh nurzaman


KEPUTUSAN kepimpinan tertinggi BN mengesa agar kepimpinan dan ahli UMNO agar menjauhi segala aktiviti dan program PERKASA pastinya akan membawa padah kepada BN dan UMNO itu sendiri. Ini kerana majoriti kepimpinan dan ahli PERKASA adalah bekas kepimpinan danahli UMNO itu sendiri.

Keputusan ini dibuat oleh satu mesyuarat pucuk pimpinan BN yang dipengerusikan oleh Setiausaha Agungnya, Tengku Adnan Tengku Mansor. Keputusan mesyuarat itu memperlihatkan kegagalan pemimpin tertinggi UMNO yang hadir dalam mesyuarat tersebut berhujah untuk mematahkan deskan dan tekanan yang diberikan oleh pemimpin tertinggi parti-parti komponen BN yang lain.

Kepimipinan tertinggi UMNO yang ada dalam mesyuarat itu sendiri lupa bahawa sebahagian besar daripada 50 ribu orang ahli seperti yang didakwa oleh Presidennya, Datuk Ibrahim Ali, rata-ratanya bekas pemimpin dan ahli UMNO itu sendiri dan sebahagian kecil daripada NGO melayu yang lain.

Keputusan mendesak ahli pemimpin atau ahli UMNO yang lain menjauhi akitiviti dan program PERKASA akan menimbulkan kemarahan ahli UMNO yang menjadi ahli PERKASA. Jadi kalau mereka marah alamat calon UMNO dan calon parti-parti komponen BN yang akan bertanding dalam pilihanraya ke-13 ini akan merasa akibatnya.

Jika ini berlaku BN khususnya UMNO yang tengah bergeluk cub menarik balik sokongan orang melayu terhadp BN dan UMNO akan bertambah parah. Sedangkan parti-parti komponen BN yang lain seperti MCA, GERAKAN dan MIC sehingga kini gagal menarik sokongan kaum yang mereka wakili untuk menyokong BN. Tinjau rambang yang dibuat sokongan masyarakat cina dan India kepada BN di bawah 30%.

Keadaan ini menjadi bertambah buruk apabila MCA, GERAKAN dan MIC sendiri kini bergolak menghadapi krisis kepimpinan. MCA terpaksa mengadakan Perhimpunan Agung semula untuk memilih pemimpin. GERAKAN khususnya di Pulau Pinang kini berhadapan dengan khisis kepimpinan GERAKAN Negeri malah perlantikan Penyelaras Parlimen dan DUN tidak mendapat restu GERAKAN diperingkat parlimen itu sendiri. Sementara MIC memang sudah lama berhadapan dengan pelbagai masalah kerana anggota MIC diperingkat akar umbi rata-ratanya tidak begitu menyenangi Presidennya Datuk Seri Samy Vellu. Semua ini akan memberikan impak yang bukan kecil bukan saja kepada UMNO malah BN itu sendiri.

Persoalan timbul, kenapa kepimpinan tertinggi UMNO yang hadir dalam mesyuarat itu tidak mengeluarkan hujah ini untuk menutup mulut mereka. Mereka harus sedar rata-rata pemimpin parti-parti komponen yang meng dalam pilihanraya pasti ada orang melayu sekurang-kurangnya melebihi 35%. Mana-mana kawasan yang mempunyai pengundi cina melebihi 70% memang sukar untuk calon BN baik daripada parti komponen mana pun boleh menang

Jesteru itu tindakan BN yang selama ini ditunjangi oleh UMNO membuat keputusan ini boleh diibaratkan sebagai satu tindakan yang akan memakan diri mereka sendiri.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.