Followers

Monday, September 6, 2010

DIHARAP DS NIZAR DAPAT BUKTIKAN - "baru le UMNO Perak Malu Besor"

Nizar dicabar buktikan dakwaannya.

Lihatlah sendiri foto di atas yang dengan jelas menunjukkan bahawa ada makhluk (tentunya manusia) yang telah dengan sengaja berbuat sesuatu pada foto sebenar. Apa jua niat makhluk berkenaan yang tentunya bukan dari PAS adalah bertujuan jahat.

Lantaran itu, kenyataan Anggota Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bahawa foto itu diubahsuai oleh Umno sama ada dari Perak atau mana-mana jua ada asasnya, namun tidak menghairankan jua jika Umno Perak mendesak Nizar membuktikan kenyataannya itu.

Hari ini, Setiausaha Perhubungan Umno Perak Umno Perak Datuk Mohd Khusairi Abdul Taib mendesak Nizar segera membuktikan tuduhan bahawa Umno terbabit mengubahsuai gambar yang memaparkan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng sedang menyembelih lembu itu.

"Umno Perak meminta Nizar segera menunjukkan bukti penglibatan Umno dalam mengubahsuai gambar itu, atau beliau bersedia diheret ke mahkamah jika enggan atau gagal berbuat demikian."

Beliau berkata sebuah akhbar Jumaat lepas melaporkan kenyataan pemimpin PAS itu yang menuduh Umno menukarkan wajahnya yang sedang menyembelih lembu kepada wajah Guan Eng.

"Secara jelas, Nizar yang juga bekas menteri besar Perak dan ADUN Pasir Panjang telah menamakan parti Umno sebagai pihak yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak beretika itu," katanya.

Khusairi berkata perbuatan menunding jari kepada Umno dalam isu itu adalah sangat mengelirukan dan merupakan satu tuduhan yang berat terhadap sebuah parti politik berperlembagaan, berperaturan dan bermaruah.

Beliau berkata pembangkang nampaknya sudah ketandusan modal untuk mengheret Umno dalam polemik sehinggakan sanggup menuduh parti itu melakukan sesuatu tidak beretika yang lumrah dilakukan oleh "cyber-trooper" di dalam internet.

Minta-minta Datuk Seri Nizar dapat membuktikannya... baru termalu besor

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.