Followers

Sunday, September 5, 2010

APA MAKSUD KENYATAAN TUN LING LEONG SIK TERHADAP MAHATHIR ??



Kalau Mahathir kata saya salah, salahlah saya - Ling Liong Sik

Kes rasuah yang melibatkan Tun Ling Liong Sik ini adalah kes yang sangat penting diikuti oleh semua rakyat berbilang kaum dalam negara ini. Kes ini akan memerikan dua badai; samada untuk benar-benar sebagai tindakkan jujur untuk membeteras rasuah atau permainan politik pihak tertentu untuk meletakkan kesemua kesalahan kepada Tun Ling Liong Sik (LLS) seorang.

Apabila segala-galanya telah diselesaikan oleh Mahkamah maka semua akan tahu apa sebenarnya yang terselindung dari rakyat selama ini. Kes TLLS ini akan pasti diikuti dengan terperinci oleh rakyat dan juga masyarakat antarabangsa. Kes ini sangat penting kerana ianya akan melibat pandangan masyarakat tempatan dan antarabangsa bahawa ketidak jujuran kepimpinannya akhirnya akan diketahui umum juga akhirnya.

Apabila sudah dapat dinilai oleh orang ramai maka barulah rakyat tahu apa yang diperkatakan oleh pihak yang mengkritik pimpinan dahulu banyak benarnya dari yang kurang benar. Isu rasuah memang isu yang terlalu hebat dipersoalkan rakyat selama ini dan sekarang isu ini sudah menghampiri keadaan yang segala-galanya akan terbongkar dengan sendirinya.

‘Bangkai gajah masakan boleh ditutup dengan nyiru’. Sekuat mana pun usaha untuk melindunginya dari pengetahuan rakyat, ia akan tetap akan terbongkar akhirnya. TLLS telah berkata diluar Mahkamah semalam, “jika Mahathir kata saya bersalah maka bersalahlah saya”.

TLLS walau bagaimana pun mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada bekas PM kita itu, Dr Mahathir kerana bersetuju untuk menjadi saksi kepada perbicaraan ini. Dr Mahathir setkat ini tidak ada mengeluarkan apa-apa kenyataan peribadinya terhadap isu perbicaraan TLLS ini.

Jumlah wang yang terlibat dalam pembelian tanah ini merupakan kes yang sudah pasti melibatkan ramai yang lain dari TLLS. Ianya melibatkan keseluruhan ahli-ahli Jemaah Kabinet Negara. Apa yang pasti ianya merupakan tindakkan yang tidak ada kejujuran dari individu-individu yang terlibat.

Dari segi moral demokrasinya, semua ahli Jemaah Kabinet mesti ‘accountable’ terhadap kes ini kerana ianya adalah keputusan kabinet. Ramai diantara Jemaah Menteri semasa itu masih berada didalam kabinet sekarang ini dan jika kes sebegini berlaku dinegara maju kesemua ahli Jemaah Menteri itu akan meletakkan jawatan.

Semasa TLLS berhadapan dengan PAC beliau telah memberitahu PAC bahawa yang melakukan pemantauan keatas penilaian tanah tersebut diketuai oleh PM sendiri, iaitu Dr Mahathir.

Mengikut kata Zaharah Shaari, Ketua Setiausaha Kementerian pengangkutan semasa itu, TLLS sedar bahawa jika pembelian tanah itu didasarkan kepada ‘Land Acquisition Act 1960, sebanyak RM600 juta wang rakyat boleh diselamatkan.

Zaharah memberi tahu yang TLLS sudah berbincang dengan Dr Mahathir tentang isu harga tanah ini. Disini sudah nyata bahawa apa yang dikatakan oleh TLLS itu merupakan indikasi yang dalam kes ini bukan beliau seorang bertanggunjawab tetapi ramai lagi yang patut dipersalahkan.

Sekarang TLLS memohon kepada Mahkamah untuk bertindak untuk membuat ‘declassification’ terhadap semua minit-minit mesyuarat kabinet dan ‘post Cabinet’ yang berkaitan dengan isu PKFZ ini. TLLS menuntut supaya semua minit-minit in di’ declassify’ bagi mempertankan dirinya dari pertuduhan ini diMahkamah.

Melakukan pertuduhan kepada seorang pemimpin besar seperti TLLS ini merupakan satu tindakkan yang sangat besar risikonya walau pun ramai orang termasuk diri saya ingin melihat apa sebenarnya yang berlaku sehinggakan berbillion ringgit wang oenat jerih rakyat disonglap begitu sahaja. TLLS adalah seorang ‘TUN” dan tentunya beliau merasa terkilan kerana dibawa keMahkamah kerana kesalahan ramai yang lain.

Jika beliau membawa ramai yang lain bersamanya untuk terlibat dalam kes ini pun, tidak ada siapa yang boleh menyalahkan TLLS. Dengan kata-kata beliau semalam jelas menunjukkan kepada kita yang beliau telah dijadikan kambing hitam dalam isu ini.

Dalam kes TLLS ini telah membuktikan apa yang blog ini pernah menulis; jika memerintah, ikut aturan yang ada. Kita tidak boleh mengambil keputusan peribadi semata-mata kerana kepentingan peribadi yang berkehendakkan kekayaan yang terlalu berlebihan. Kerajaan kita tidak boleh ditadbir mengikut nafsu sendiri, Negara ada peraturan dan amatlah menjijikkan jika pemimpin mentadbir negara seperti mentadbir persatuan sepak takraw.

Pertuduhan telah dibuat dan dari sekarang ianya telah terdaftar diMahkamah. Hanya kita dibawah-bawah ini mahukan pengadilan dilaksanakan dengan penuh tanggung jawab. Jika ramai lagi yang terlibat, adalah lebih adil jika kesemua yang terlibat diadili oleh Mahkamah yang bebas dari tekanan politik dan eksekutif.

Jika LLS seorang yang bertangjawab biarlah beliau seorang yang mendapat penghakiman, tetapi jika ramai lagi yang melanggar undang-undang didalam isu ini kesemuanya wajib menghadapi apa yang sepatutnya mereka hadapi.

Kata orang tua-tua, ‘limau jangan masam sebelah’ kerana jika ‘limau masam sebelah’ ianya adalah satu tindakkan yang tidak adil. Kesemua yang terlibat mesti dihakimkan kerana jika tidak dihakimkan rakyat lagilah yang menanggung derita permainan rasuah yang hina ini.

Kepada LLS saya memohon supaya beliau menghadapinya dengan sabar dan tenang. Ini melibatkan wang rakyat dan jadikanlah pengalaman ini sebagai pelajaran yang wang rakyat itu adalah wang rakyat. Jangan kita persendakan rakyat sampai kesebigini jauh. Rakyat pun ramai yang sudah pergi sekolah yang tinggi-tingi; tidak seperti saya yang hanya bersekolah atap.

Mari kita ingatkan kita sesama kita; rasuah itu adalah musuh kepada ummah dan ianya sangat merbahaya kepada keamanan dunia. Ianya lebih bahaya dari penagihan dadah. Jika sudah merasa wang rasuah yang besar seseorang itu tidak akan dapat berhenti dari melakukanya berterusan. Ketagih rasuah lebih buruk akibatnya. Ianya tidak ada kesudahannya.

Semua pihak mesti memerangi rasuah ini seperti kita memerangi pengaruh zionis sebagaimana yang disebaut-sebut oleh pemimpin-pemimpin parti politik kita. Kalau kita hendak menjadikan ‘equation’ dengan bahaya zionis, pengaruh rasuah adalah lebih merbahaya dari pengaruh zionis itu kepada negara kita.

Tidak ada amalan yang lebih buruk dari rasuah. Agama kita pulak mengingatkan kita yang memakan rasuah itu seperti kita memakan daging saudara kita sendiri. Itu yang saya diajar. Tak tahu pulak kalau ada yang boleh menyanggah pendapat ini.

http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Posted by admin at 9/05/2010 08:00:00 PM

Labels: PENDAPAT

0 comments:

Post a Comment

Post a Comment

Kami tidak menyaring komentar-komentar sdr, kecuali komentar yang kuat berbau lucah dan berbau perkauman, terlampau mengeluarkan kata kesat, komentar yang berulang, komentar yang terlampau panjang dan komentar yang mengiklankan sesuatu produk.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.

Nombor ip yang sama nickname berlainan akan berada dalam consideration list, jika kami mengesyaki sesuatu kepada no IP tersebut, kami akan delete.

Kadang-kadang kami juga terlepas pandang akan sesuatu komentar yang tak patut tersiar. Kami berasa agak kurang adil berbuat demikian, tetapi kami tidak sengaja, jadi kami pohon maaf.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.