Suhakam Akur Pihak Polis Bertindak Keterlaluan Halang Ceramah PAS
Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz
Pas menghantar dua memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia atau Suhakam bagi menuntut keadilan berhubung hak mereka yang diketepikan dan salah guna kuasa polis pada dua ceramah beberapa minggu lalu.
Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman berhadap Suhakam memberi tekanan tegas terhadap kerajaan persekutuan yang memanipulasi polis bagi menghalang rakyat hadir ke ceramah PAS.
Ceramah pada 31 Julai itu dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng dan Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Mahfodz Mohamed.
Bagaimanapun, polis menghalang ketiga-tiga pemimpin dari berucap dan memberhenti majlis di Markas Pas Batu Pahat, biarpun baru bermula lima minit.
Mazlan turut meminta Suhakam menyiasat kekerasan polis ketika menghalang ceramah anjuran PAS di Changkat Lada Pasir Salak pada 31 Julai dan 1 Ogos 2010.
Dalam kedua-dua insiden, polis dilihat memberi alasan tidak munasabah bagi menghalang ceramah, malah melakukan kekerasan terhadap rakyat.
"Nampaknya di awal-awal lagi pemerintahan Datuk Seri Najib Razak, tekanan-tekanan yang diberikan oleh pihak polis nampaknya lebih dasyat daripada zaman Perdana Menteri yang dahulu terutamanya zaman Perdana Menteri Abdullah Badawi.
"Ketika ini nampaknya tekanan yang digunakan semakin memuncak, dan saya hendak sebutkan kembimbangan kita, apabila kita menjadi penganjur apabila ada tindak balas daripada pihak polis yang keras dan kebimbangan kita apabila ini tidak ditangani oleh pihak Suhakam dan pihak kerajaan mungkin akan berlaku tragedi-tragedi yang menimbulkan suasana yang tidak terkawal," katanya.
Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani Abdullah memberi jaminan akan mendesak kerajaan Umno BN supaya tidak melampaui batas dan melanggar hak kebebasan bersuara dan berhimpun secara aman yang termaktub dalam perlembagaan.
"Itu menunjukkan ketidak profesional mereka sehingga kita cuba untuk mengubah dia dan belas kasihan pada dia dan mendesak dan akan mengadakan perbincangan berhubung perkara ini dan kami badan bebas dan kami akan gunakan saluran-saluran yang ada," katanya.
Suhakam sendiri mengakui isu ini berkait rapat dengan suara demokrasi rakyat.
"Kami akan usulkan supaya pelaksanaan apa-apa peraturan telah konsisten dan adil, katakan mereka kata menganggu lalu lintas sekadar hendak menolak dan menjawap permohonan tidak adil lah. Jadi kami akan usul isu-isu ini dan jawapan-jawapan supaya kita boleh menambaikan pengurusan perhimpunan-perhimpunan aman ini oleh pihak berkuasa," katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.