Followers
Thursday, July 1, 2010
Mahkamah Arah Dedah Konsesi Air, Bagaimana Perjanjian Tol & Elektrik?
Keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Isnin lalu yang mengarahkan laporan audit dan perjanjian konsesi air antara Kerajaan Pusat, kerajaan Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) didedah kepada umum, disifatkan sebagai berani. Ahli Jawatankuasa Panel Penilai Air Selangor, Charles Santiago percaya keputusan itu akan menjadi asas seterusnya membuka ruang kepada nilai kebebasan yang lebih telus kepada rakyat dalam mentafsir sebagai perjanjian.
Sebelum ini, kerajaan dan rakyat Selangor dinafikan hak untuk melihat perjanjian konsesi syabas dan aliran tunai syaikat itu atas alasan kelompok ini bukan ahli konsesi berkenaan.
Mengikut perjanjian yang ditandatangani pada 15 Disember 2004, laporan dan audit konsesi ini diklasifikasi sebagai ‘rahsia’.
Namun, mahkamah tinggi memutuskan sebaliknya.
"Saya mahu ucap terima kasih pada hakim sebab buat keputusan berani. Saya harap beliau tidak ditukar ke mahkamah lain, ke sabah Sarawak,” katanya.
“Bagi saya ini adalah keputusan berani. Ini adalah hak rakyat untuk tahu. Tiga tahun kita berjuang, rakyat patut tahu mengapa tarif air naik,” katanya lagi.
Beliau berkata, jika perjanjian konsesi air boleh didedah kepada umum atas dasar rakyat berhak sebagai pembayar cukai, rakyat juga tidak boleh dinafi hak untuk melihat perjanjian konsesi tol serta elektrik.
“Isu ini boleh diguna atas isu-isu lain untuk tol, elektrik. Ia bagi peluang untuk rakyat tahu apa sebenarnya yang kerajaan buat,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.